1st year wedding anniversary di Cameron Highland, Pahang (Part 1) | miss fluffy


Monday, 23 January 2017

1st year wedding anniversary di Cameron Highland, Pahang (Part 1)

Lama benar rasanya tak update blog. Terbiar je. Kasihan sekali. Bukan takda cerita. Tapi masa yang takda. Pergi kerja balik kerja pun dah letih. Nak buka laptop pun tak sempat. HAHA. 

Sudah.
Back to the story.
Pada 19-20 November 2016 (nampak tak betapa basinya post ini) buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cameron Highland. HAHA kelakar pulak rasa tapi excited kemain lagi tau. Dan salah satu sebab datang ke sini adalah untuk menyambut 1st wedding anniversary. Alhamdulillah, setahun sudah. Have long journey to goooo! Doakan yang baik-baik ye. Amin.

Day 1
Kami sampai dalam pukul 1PM. Jalan jammed di kawasan tertentu saja. Atas suggestion kawan aku, kami check in di Hotel Titiwangsa area Brinchang. Dan kami pergi time weekends, rate untuk bilik 2 orang dalam RM198 + dinner & breakfast. Terus ambil je sebab hujan lebat masa kami sampai plus malas dah nak survey. Tu belum bersesak dalam jammed lagi. Kami decided untuk stay area Brinchang sebab dekat dengan Pasar Malam Brinchang. So jalan kaki sikit je. Tak payah nak drive bagai.

Dan kami dah bersedia untuk jalan-jalan!!

1. Kebun Abang Strawberry Kg. Taman Sedia
Lepas check in, solat & rehat kejap then hujan dah berhenti turun kami pun terus jalankan misi kami. Mula-mula kami ke Tanah Rata tapi memandangkan kami blur nak kemana so kami pusing balik. Singgah di Kebun Abang Strawberry di Kg. Taman Sedia. Ala  yang famous dengan Nasi Lemak Sambal Strawberry tu. 

Aku rembat sebekas sambal ni nak rasa
Dekat sini banyak jugak kebun-kebun strawberry yang lain. Pilih je mana korang nak singgah. Kami tengok strawberry dari luar je. Tak masuk petik pun. Takpelah tengok pun dah cukup. Dah puas pusing-pusing kami singgah di Smurf Hotel. Saja nak bergambar di sana. Dekat belakang hotel ni ada ladang strawbery juga. Tapi aku tak ingat nama apa. Kami ada masuk tengok² sekejap.

Ni la kegemaran aku. Aku suka benda hijau

Ni la jenis-jenis cactus yang ada. Tak banyak sangat
Then kami terus patah balik ke arah Brinchang. Sana lebih banyak port menarik untuk kami singgah. Kami singgah strawberry farm yang terletak di tepi jalan. Dekat sini ada juga jual pokok kaktus dan bunga² hiasan yang lain. Ada juga mereka menjual souvenir berupa keychain, bantal, teddy bear dan macam² lah. Sempatlah bergambar sikit. 

Entah apa nama ladang strawberry ni. Kami main masuk tengok sajorr.

2. Cactus Valley
Lepas tu kami terus pergi ke Cactus Valley. Dekat sini memang best! Kaktus dari sekecik² tapak tangan sampailah sebesar² manusia. Haaaa banyak pilihan pulak tu. Ada yang berduri, ada daun saja, berwarna warni memang meriah aku tengok! Harga pun murah. Dalam RM2 sebekas kecil. Bekas besar lain plak harga tapi tak mahal pun. Aku beli dalam 3 bekas kecil. Comel je! Pokok bunga hiasan pun boleh tahan banyaknya. Dekat Cactus Valley kau bebas nak bergambar. Boleh pegang² lagi pokok kaktus tu. Macam kedai mula² aku masuk depa tak bagi pegang. So macam terbatas sikit la kau nak bergambar. Yela mungkin dorang taknak la pelawat² tak sengaja rosakkan pokok tu. Lama juga kami kat Cactus Valley.


Nampak tak betapa banyaknya kaktus? 


Maafkan aku kalau korang terkejut tengok muka lebar ni
3. Pasar Malam Brinchang
Dalam pukul 6 kami balik semula ke hotel. Penat sikit lagi pun nak rehat & solat. Masa on the way balik lalu area tapak pasar malam Brinchang  macam dah start sesak sikit. Maklumlah orang dah pergi pasar malam. Tambahan pulak peniaga² tengah setup gerai mereka. 

Nak share sikitlah, Pasar Malam Brinchang akan dibuka pada hari Jumaat & Sabtu tapi kalau tak silap aku musim cuti sekolah pasar malam ini akan beroperasi setiap hari. Lepas Maghrib dan dinner dekat hotel kami jalan² pulak ke pasar malam. Meriah juga pasar malam ni. Wajib datang kalau nak rasai kemeriahannya. Hasil tani dijual dengan harga yang murah! Maklumlah pertama kali memang mengujakan! :P Bersepah orang jual strawberry. Dah la murah pulak!! Masa ni la kami borong sakan. Beli buah tangan untuk family. Beli sampai tak larat nak bawak! Memang murah² betul.


Mai pilih-pilih
Sampai dekat hotel dalam pukul 11pm.
Time to sleep sebab esoknya kami penuh dengan aktiviti lain! Excited nok!!

Nanti aku sambung part 2 pulak OK. Tulis panjang² nanti hampa boring pulak nak baca. Doakan aku rajin menaip lagi. HAHA.


THE END

1 comment:

  1. pergh.. cameron.. hahaha..
    dah laam x singgah sini..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️