Misi mencari Tasik Cermin, Ipoh | miss fluffy


Thursday, 26 January 2017

Misi mencari Tasik Cermin, Ipoh


Cerita basi tapi baru sempat nak update. Ahhh tak kira! Aku nak update jugak!

Sebenarnya dah plan lama dah nak cari tasik ni lepas aku terbaca dekat Facebook. Dan selepas kami laki bini turun dari Cameron Highland, kami ada tumpang tidur di rumah ipar aku di Ipoh. Maka keesokkan harinya kami pun start la our mission. HAHA. Bila lagi nak makan angin ye dak?

And FYI, Tasik Cermin ni terletak di kawasan Gunung Rapat Ipoh. Macam mana kami jumpa tasik ni? WAZE sajo habang hakak oi!! Tapi di sini keyakinan yang tinggi amat penting sebab kau takkan percaya yang di belakang kawasan kuari yang seram, sunyi dan mengerikan ada sebuah tasik yang amat cantik. Bagi aku inilah view tasik yang terbaik pernah aku lihat. So aku sarankan kalau kau nak datang kesini janganlah datang sorang. Better ajak kawan beramai-ramai. Yang gegirl tu bawa la habang atau hadik laki korang untuk teman. Bukan apa, kita tak tau kan segala kemungkinan kejadian yang akan berlaku.

Kawasan kuari sebelum sampai ke Tasik Cermin. Kau rasa?
Sampai je, kepala aku dah terketaq-ketaq nak tengok tasik. TAPI! Sebelum nampak tasik yang cantik tu korang kenalah melalui 1 terowong sejauh lebih kurang 50 meter.

Inilah terowong yang aku cakapkan tu ye kawan-kawan
Aku rasa macam terowong ini seolah-olah "ditebuk" untuk membolehkan kita sampai ke tasik. Kiranya kalau terowong ini takda, tasik ini sebenarnya berada ditengah-tengah bukit. Aku rasa lah! Nampak tak imaginasi aku?! Terowong ini gelap sikit la jadi korang buka la lampu dari henpon canggih korang tu. Lagi 1 nak pesan, mulut jangan celupar sangat. Masuk dengan berhati-hati dan tenang. HAHA.

Dan setelah sampai di penghujung..........................................

Jatuh cinta kali pertama
Terus jatuh cinta berkali-kali
Sila tutup mulut korang! HAHA
Nampak tak keindahan tasik ni? Nampak!?
Siapa yang  tak nampak tu mungkin dia bukan #naturelovers
Aku enjoy every moment. Tengok betul-betul. Nikmati setiap sudut tasik dan bukit. Yang pasti keadaan di sini sangat tenang dan sunyi. Malah air lansung tak berkocak. Tenang.....

Dan pasti korang dah boleh agak kenapa tasik ni digelar Tasik Cermin kan?
Air tasik yang tak berkocak itulah membias semula kawasan sekeliling dalam erti kata mat salleh water reflection.

Kalau korang perasan di sini ada tempat duduk & macam jalan besi dibuat kan. Aku taktau lah orang persendirian atau pihak berkuasa tempatan yang buat kemudahan ni. Tapi ia amat bagus sekali. Cumanya ada manusia tak bertanggungjawab yang rosakkan sebahagian kecil kemudahan ni.

So kalau korang teringin nak tengok tasik ni silalah mencari dengan jayanya!
Dan aku nak pesan la, sila jaga kawasan ni baik-baik. Bawak balik sampah yang hampa bawak. Jangan la buang dalam tasik tu! Janganlah cemarkan kecantikan tasik ini dengan botol plastik, pampers anak, kertas makanan dan macam-macam lah. Hampa belajaq sivik kan!? Pandai-pandailah fikir.

Layan la sekeping dua gambar yang aku ambil dekat sana hari tu. Doakan aku rajin menaip lagi kawan-kawan.






THE END

6 comments:

  1. Subhanallah! Lawanyaaaa!! okay, serious nak pergi :D ada kawan kat perak ni, saya ajak la kot hehe.

    thanks cerita pasal tempat ni, kalau tak sampai kiamat taktau haha

    ReplyDelete
  2. menarik. aku asal org ipoh pun tak tau psl kewujudan tasik ni. hahaha...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum miss fluffy..
    akak nak tanye.. bila miss last berkunjung ke sini..?
    sbb akak gugel tripadvisor ada mention tmpt ni ditutup disember lst yr sbb ada batu jatuh.. pelantar tu koyak..

    sbb akak berhajat nk jengok tmpt ni esok pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...sy pergi ke sini bulan 11 tahun lepas..masa pergi tu memang ada pelantar koyak tapi lubang kecil je. Tapi adik ipar saya pergi last december boleh masuk lagi akak. Sekarang tak pasti pulak boleh ke tak;)

      Delete
  4. assalamualaikum miss fluffy..
    akak nak tnye.. bila miss dtg ke sini ye

    sbb akak plan nk ke sini.. tp bila gugel..tripadvisor kata tmpt ni dah ditutup dec 2017..
    nnti datang dari jauh.. hajat x kesampaian plk..

    ReplyDelete
  5. teringat tasik biru belakang umah wak jeer nih., heheh2

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️