Perkara yang perlu kita ingat setiap kali sambut Hari Lahir | miss fluffy


Sunday, 5 February 2017

Perkara yang perlu kita ingat setiap kali sambut Hari Lahir


28.01.2017
Sabtu.
3AM.

Aku dalam perjalanan nak ambil laki aku di stesen bas.
Dan macam biasa. Malam minggu memang bersepah roadblock.
Sambil tunggu kebetulan hati tergerak nak check lesen.

Berderau DARAH!
Lesen tamat tempoh: 10.09.2016

Oh demmit!:face22:
Macam mana aku boleh tak perasan lesen dah mampos!
Dia punya ketaq tak payah cerita. Rasa nak meletup dada.
Mak aku terkumat kamit baca doa.
Sampai saja turn.
Abang polis check.
Aku sengih:face30:
Mak aku sengih:face31:
Dan jalan........

Mak aku ketuk kepala!
Aigooo lupa mak! Macam mana la aku pun boleh tak perasan dah berbulan drive pergi balik kerja.
Alhamdulillah sepanjang lesen mati tu takda apa² berlaku.
Dalam 5 bulan tu dah merata aku pergi!
Cameron, Taiping, Ipoh, Pahang....Ohhhh tak sanggup nak kenang!
Ish teruk lahai!

So suka aku nak ingatkan time birthday kau jangan sibuk nak celebrate birthday je. Nak tunggu surprise birthday bagai.
Bawak²lah check lesen memandu kau ye.
Kalau tak memang ter-surprise-lah macam aku ni.
Tobat pasni aku letak reminder dalam phone.
KAHKAH!:face12:

2 comments:

  1. sama la. asyik lupa je memanjang. pernah sekali tu, ngan roadtax kereta pun lupa. mujur tak kena saman.

    ReplyDelete
  2. Hahaha, pernah kena macam ni dulu, dah dua bulan expired baru perasan..rupanya kehulu kehilir takdak lesen...

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.