Penang Hot Air Ballon Festival 2017 | miss fluffy


Sunday 19 February 2017

Penang Hot Air Ballon Festival 2017


Aku memang dah lama teringin nak pergi tengok hot air ballon dekat Putrajaya. Tapi itulah, jauh sangat. Last year, ada hot air ballon dekat Alor Star. Sampai je dekat situ, hot air ballon dah bungkus. Alasannya angin kuat sangat masa tu takut bahaya. OK kuciwa

Takpelah, mungkin takda rezeki. Tup-tup masa breakfast laki aku tunjuk gambar hot air ballon. Dekat Penang je! Last day festival ni. Tak fikir banyak terus kami decided nak pergi jugak macam mana sekalipun, HAHA nampak betapa gigihnya aku. Kami pergi naik komuter ke Butterworth, ambil feri ke Penang dan rupanya ada shuttle bas direct ke Padang Polo, Penang free of charge OK! Sangat save perbelanjaan pengangkutan kali ini.

 
Naik komuter je pergi Penang


Lepas tu gigih naik feri pulak.

Lebih kurang pukul 1.30pm kami sampai dan terus laki bini terpa ke padang cari belon udara yang terapung. Malangnya hanya nampak padang kosong dengan panas terik sampai burn kulit muka aku! Kuciwa lagi kah kali ini? Ada la hiasan belon udara kertas berwarna-warni di letakkan di hujung padang sebagai daya tarikan untuk bergambar. Kami pun takkan nak lepas peluang ni tambahan pulak orang tak ramai waktu ini. Sempat la ambil gambar walaupun hati kuciwa Tuhan saja yang tahu.


Yeayyy dah sampai! Memula excited kemain

Acah-acah sweet konon

Dah boring ambil gambar kami pun dah lapar tahap pelarian. Dan nasib baik la laki aku ni ada tanya penganjur kat situ. Rupanya belon akan dinaikkan semula pada pukul 6pm. Yahoooo!! Kami ada 4 jam sebelum pukul 6. Sebenarnya pada sesi pagi belon dah dinaikkan pada pkul 7-10am. Lepas tu disebabkan cuaca terlalu panas mereka kena la "simpan" belon udara tu dan dinaikkan semula pada pukul 6pm. Jadi moral of the story kat sini malu bertanya sesat jalan. Maka silalah tanya kepada orang yang lebih tahu dan jangan buat spekulasi sendiri macam aku, HAHA.

Aku pun dah lama teringin nak makan nasi kandar. Teringat nasi kandar Restoran Deen di Jelutong. Kawan aku pernah bawa aku ke sana masa aku bujang-bujang dulu. HAHA Dapat jugaklah aku merasa makan nasi kandar ni. Wuuu menangis bila dapat makan! Sedap aku habaq hang. Dan kami ada la buat aktiviti lain.

Nak makan pun kena beratur oii!

Aku dah tahap menangis teresak-esak bila dapat makan nasi kandar ni. Terbaik!

Pukul 6 je kami dah terpacak dekat Padang Polo. Time ni mereka baru nak naikkan belon. Lebih kurang setengah jam juga la nak tunggu belon naik sepenuhnya. Satu persatu belon udara dinaikkan. 

Time ni baru nak bubuh angin dalam belon dan ambil masa juga la untuk kembang sepenuhnya.

Dan akhirnya..................!!!

Masa untuk feeling seperti di Capadocia!

Happy-nya perempuan ni hanya Tuhan saja yang tahu!


Untuk pengetahuan hampa, kita boleh naik belon yang diterbangkan dalam 5 kaki tinggi tak silap aku. Ahh janji diterbangkan. Boleh dapatkan tiket RM50 seorang tapi kena cepat sebab jumlah tiket sangat terhad. Lebih kurang dalam 150 tiket saja yang dijual. Itu pun sold out dengan lajunya! Aku? Tengok dari bawah saja. Lagi pun bajet akan lari kalau aku naik menda alah ni. HAHA

Kebetulan kawan aku pun ada ikut sama. Kami plan jumpa dekat sini. Meriah sangat dengan ramai pengunjung. Lagi best kalau hang bawak tikar duduk berkelah-kelah di tengah padang, Layan jugak!





Kena halau dari sini sebab  dorang perlu tarik tali untuk naikkan belon.



Kawan gila-gila aku. Thanks temankan kami laki bini!




Sempoi kan gambar ni! Jangan dekat dengan api tu kalau takmau hangus.

Seronok nampak? ツ


Secara totalnya, aku amat berpuas hati. So berbaloi la muka aku sedikit burn, penat jalan kaki, turun naik public transport sebab akhirnya boleh jugak tengok hot air ballon ni. Kahkahkah dia punya teringin boleh kalah orang mengandung mengidam mempelam tau!

Mission accomplished!

7 comments:

  1. seronoknya dapat pergi , tahun nih saya tak dapat pergi . sedih sedih

    ReplyDelete
  2. wah..tak sia sia meredah memang puas hati la kan..teringin jgk nak pergi bila tengok gambar2 dalam nih..best! btw sedapnya nasi kandar.hehe

    ReplyDelete
  3. gigih naik komuter. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Alaaaa... bestnya akak.. huhu...

    ReplyDelete
  5. tahun lepas sempat pergi sbb kerja kat hospital penang, mmg otw balik kerja lalu kat situ, singgah kejap.. tahun ni dah x kerja kat situ, x lalu dah.. x sempat nk pergi..

    ReplyDelete
  6. pergh.. gigih mai penang.. kami yg org penang ni pun x pi.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Haaaa seghonoknyaaaaa... I is jealousss 😭😭😭
    Cantik gila! Tak payah nak g Cappadocia jejauh. Hehe..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️