Blue Lagoon, Gunung Keriang | miss fluffy


Thursday, 12 April 2018

Blue Lagoon, Gunung Keriang


Sejak dua menjak ni viral pulak pasal kolam dengan air biru kehijauan atau orang Kedah panggil Blue Lagoon di kawasan Gunung Keriang Alor Star.
Actually, sebelum ni aku dah tengok ada orang post dekat Insta cuma tak berkesempatan je nak pergi. Bila dapat je peluang apa lagi serbu!! HAHA

Orang tanya dekat mana? Kami just jawab dekat area Gunung Keriang je. Nak lebih spesifik memang kena guna Waze. Itu pun memula dah kena 'kencing' dengan Waze. Ada ke patut dia bawa aku masuk ke taman permainan. 

Boo kena tipu T__T
Terpinga-pinga aku cari sungai biru. HAHA But at the end jumpa jugak cuma kena yakin je sebab laluan nak ke kolam tu adalah kawasan bendang dan jalan sempit. Kebetulan pula bendang kering baru lepas menuai. Kalau tak mesti lagi cuak takut kereta masuk bendang. Dalam hati berdoa je tak berselisih dengan kereta lain.

View bendang pun lawa♥

Sampai je, aku dengan laki aku tak sabar turun dari kereta. Mana taknya mata dah nampak kolam biru tu. Sumpah biru bukan edit okey! Sebenarnya ini adalah kawasan sungai atau terusan air mungkin untuk penanaman padi. Tapi dengar kata kolam ini akan 'dicantumkan' dengan sungai di kiri dan kanan kolam dan perkara yang menyebabkan air berwarna biru adalah air belum bercampur dengan terusan yang asal. Apa pun sila nikmati kebiruan dan kehijauan kolam ini sebelum sungai ini dicantumkan! Agak besar kolam ini kedalam aku tak pasti berapa. 

Malas nak membebel panjang, marilah nikmati permandangan indah ciptaan Allah ini.

Bukan edit, ini real picture♥♥








Ok ini snap pakai apps Huji.

Serious ini my favorite view♥













♥ps: Entry dah lama peram ;p

3 comments:

  1. Subahanallah... Cantik gilaaa!!! ^^

    ReplyDelete
  2. ya lah..

    memang cantik sangat.

    sangat sesuai untuk dijadikan background foto orang kahwin

    ReplyDelete
  3. tak perlu pergi oversea pun tak apa.di Malaysia pun ada nak dapat permandangan cantik macamni. anyway, done follow ur blog

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️