4Fingers Crispy Chicken | miss fluffy


Tuesday, 12 November 2019

4Fingers Crispy Chicken


Kawan suggest try makan 4Fingers. Sedap katanya. Jadi Ahad lepas takda buat apa, kami pun pergilah ke Penang Central. Dekat sini saja ada outlet 4Fingers. Tak besar pun space outlet ni. Kecil je. Tapi nak try makan punya pasal sanggup je tunggu meja kosong. HAHA.

Sekejap je dah dapat meja kosong. Rezeki kami kot. Cara order berbeza sikit. Order then mereka akan bagi buzz. Tunggu kejap kat meja nanti buzz dah berbunyi pergi ambik je makanan korang dekat pick-up station.

Aku order set kombo 6 ketul ayam (drumstick+wings) + fries + air. Share je dengan husband aku. Set ni boleh tahan jugaklah harganya, dalam RM22++ including service charge kot. Pada pandangan aku, ayamnya kecil² je (selalu ayam KFC kan gabak²) tapi rangup dan salutan sos sedap. Aku ambil mix sos, soy garlic + hot dan aku suka kedua-duanya. HAHA


Well, maybe can try lagi next time. Aku nak order burger tapi cashier cakap tak jual sebab bahan mentah dorang belum sampai. Halahhhh memang kena datang lagi kot.

Kali ni tak ambil banyak gambar. Aus Mikael mengamuk dalam kedai lapar susu T____T

1 comment:

  1. Sedapnya chicken wings tu. teringinn pulak bila tengok gambar

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.