Dessert Time di Mykōri Dessert Cafe! | miss fluffy


Friday, 1 November 2019

Dessert Time di Mykōri Dessert Cafe!


Orang kata brang lama jangan dikenang. Tapi aku memang suka buka cerita² lama. HAHAHA walhal konon sibuk teruk tak menyempat nak update blog.

Kebetulan Mykōri Dessert Cafe baru buka di Sungai Petani. Sebulan lebih dah dibuka dan kali ni baru sempat nak singgah. Tengok orang post comelnya dessert yang ada kat sini. Memang instagrammable food sangat tau. Lepas appointment hospital, kami terus ke sini. Rupanya cafe dibuka pada pukul 1pm (Sabtu & Ahad) dan pukul 2pm (Isnin hingga Jumaat). Nak makan punya pasal kami tunggu sampai tanda di pintu ditukar dari CLOSED kepada OPEN! HAHA Dan kami menjadi orang kedua yang merasmikan pembukaan kedai. Pulun sangat kan ;p

Aku ada juga baca dari review² orang ramai dessert mana yang paling best dan sedap. Dan hasilnya...ini dessert yang kami order! Yummy!


Chicken Slice & Cheese Taiyakie
Kenko Kakigori
Strawberry Cheesecake Kakigori
Mauve Kakigori
Sengaja aku zoom dekat untuk menayang dekat korang. HAHA



Boleh nampak muka Aus Mikael nak makan jugak


With my the only lil' sister

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati. Mujur la aku ambil portion kecil sebab tu pun berlagu nak habiskan. Kalau aku turutkan nafsu ni memang nak je ambil portion besar. Harga pun aku rasa berpatutan. Akhirnya dapat juga aku merasa dessert kat sini. Kakak bagi 5 bintang!!

2 comments:

  1. hari tu singgah SP ada urusan rasa terik nau.. kazen ckp mykori da bukak sana.
    tapi ttb hujaaan lebat yang amat pula. jadi malas..

    nanti nak p mykori seberang jaya. sedap aaaih tengok ais2 diatas =D
    suka yang melon =D

    ReplyDelete
  2. Paling teringin nak makan Kenko Kakigori tu..sebab suka ada kacang.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️