Semalam pergi jalan-jalan cuci mata jap kat Amanjaya Mall. Pastu tetiba nampak kedai cute nama House of Mini. Ya Allah, kedai ni jual cupcake dan donut.*Apa yang aku nampak la. Yang excited-nya, cupcake depa comel sangat!! Kecik-kecik cute je. Donut pun sama. Aishh aku dah la spesis geram takleh tengok benda cute ni.
Apa lagi aku pun rembat la donut. Huhu mereka jual 6 biji donut dengan harga RM7.00. Cupcake pun harga sama. Banyak choice of flavors gak. Tapi disebabkan aku seorang je yang nak makan decided ambil 3 biji je. Lagipun first time try tak berani la nak ambil banyak sebab aku ni cerewet jugak bab makan.
Bila dah ngap!! Emmm sedap gak! Hehe ala-ala Big Apple gitu. Cumanya versi mini. Nanti boleh beli lagi. Nak try cupcake comel mereka pulak. Hehe.
Ha siapa-siapa nak try makan donut cute ni boleh la singgah House of Mini kat Amanjaya Mall, Sungai Petani. *Promote pulekk:P Tempat lain aku taktau ada ke tak. Ada kot. Aku tau tempat aku je:P
Sila² menjamu mata-_-
p/s: Macam pernah dengar House of Mini ni. Kedai cupcake kat Berjaya Times Square tu apa nama ye? Hmm.