Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Friday, 4 September 2015

Awasi anak kecil & adik² kita :)


Sila anggap apa yang aku nak share ini adalah super duper important. Pada ibu bapa yang ada anak kecil please alert more untuk apa yang aku ceritakan. Pada yang belum ada anak, jadikan ini sebagai persediaan. Kita tak tahu apa akan jadi dalam 5 atau 10 tahun lagi. 

Semua orang pakai smartphone kan? Dengan akses internet yang cukup mudah semua info & berita kita boleh tau dengan hanya di hujung jari sahaja. Itu kitalah tapi pernah tak kita ambik tahu pasal apa yang anak-anak kita akses? Apa yang depa tengok? Apa yang depa baca? Semua benda ada dalam smartphone tu tak kira buruk atau baik. 

Aku taktau la korang rasa apa bila budak darjah 1 or darjah 2 tahu apa itu seks, tahu cara nak "berasmara" *bahasa sopan siap boleh explain panjang lebar lagi  dan tahu macam-macam yang sepatutnya hanya orang dewasa saja yang faham. Bagi aku ini GILA! Kawan aku dulu darjah 2 duk makan taik hidung lagi, aku darjah 2 sibuk duk  fikir matahari nak warnakan warna oren ke kuning. Tapi sekarang??? Bila tanya mana depa tau, jawapannya adalah tengok dekat handphone ayah, tengok dekat TV, tengok dekat handphone pakcik. Seriously?!! Budak yang bagitau ni membaca pun tak reti, yang dalam kelas asyik berangan, budak pendiam then bila dia buka mulut cakap benda-benda macam ni, mau tak melopong mulut cikgu? Mau tak kejang sebab terkejut?
Abang, pakcik, makcik, kakak, mak bapak please lah. Kalau hampa kemaruk sangat nak tengok video-video biru siap nak save dalam phone make sure korang tengok sendirian. Tak pun lock la handphone tu level 99999 punya.  Janganlah sampai anak-anak or adik-adik hampa tertengok benda-benda macam ni. Rosak habis! Budak kecil ni depa tak tahu apa-apa. Kadang-kadang apa yang depa tengok depa rasa nak tiru. Bila nak tiru jadilah benda pelik-pelik yang duk berlaku zaman sekarang. Hampa dah dewasa kan, boleh fikir mana buruk mana baik. Cerita benar ok sebab aku memang takda masa fikir lama-lama nak mereka cerita.

Aku asal nak tidur malam je aku fikir benda ni. Aku takdak anak lagi, kahwin pun belum. Tapi benda macam ni duk ganggu fikiran aku. Kalau la zaman sekarang dah jadi macam ni, apa la akan jadi pada masa depan nanti. So parents out there, pengawasan anak-anak itu penting. Jangan cakap adik-beradik takpe... salah OK tanggapan tu. Sebab tu nabi suruh asingkan tempat tidur anak-anak yang berlainan jantina. Kita tak tahu dan tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Kita rasa kita dah cukup jaga anak-anak tapi mungkin ada yang kita terlepas pandang. Aku taip panjang-panjang ni sebab nak remind diri aku juga. Aku taknak nanti anak aku darjah 1 dah pandai bab-bab romen. *Maaf ayat kasar. Aku nak dia sibuk mewarna coloring book, biar dia confuse antara huruf b dan d, biar dia keliru tangan kiri nak makan ke nak basuh berak. Itu lebih baik dari dia sibuk nak tahu hal 18SX orang dewasa.

Orang mungkin cakap "Ala hang ni fikir jauh sangat. Belum tentu ada anak". Bagi aku itu pendapat masing-masing. Tapi nanti jangan menyesal pulak kalau tetiba pegang  title NENEK awal. HEHEHEHE.......


Sunday, 6 October 2013

Truth or lies?


Dalam hidup ni kan Allah bagi kita pilihan. Dalam menentukan hala tuju hidup. Mana pilihan kita? Baik atau buruk? Benar atau salah? Semuanya terletak pada diri kita untuk buat pilihan.

Tapi kan, yang aku lihat kebanyakannya sekarang lebih menyokong atau mendengar sesuatu yang salah daripada sesuatu yang benar. Bukan aku cakap kosong tapi dari pemerhatian aku sendiri. Cerita² yang berlaku depan mata aku sendiri. 

Contoh aku bagi la, si A tegur si B supaya jangan suka buat fitnah. Tak elok. Dosa besar habaq hang. Tapi si B takleh terima so dia pun buat la cerita kat si C, D, E sampai Z pasal si A ni. Yang si C sampai Z ni pun terus sokong si B. Depa dok syok hentam si A kaw² punya tanpa soal selidik dari kedua² belah pihak. Maka si B tersenyum bangla sebab dia ada supporters 'ngong' ramai. 

Nampak apa yang aku cuba sampaikan? Orang zaman sekarang lebih suka dengar benda yang tak betul dari benda yang betul. Sebab apa? Ntah sebab sedap kot dengar gosip² liar ni. Dah tu boleh sebar cerita pelosok dunia. Maklumlah kemudahan hujung jari. Memang pffftt habis la kan?-_-

Kadang² aku heran. Dah terang-terangan orang itu betul. Berada di pihak yang benar. Lagi ada orang mau sokong pihak yang dah terserlah kepalsuan dia. Aku pun tak faham la kenapa kan. Mungkin dia ada la reason tertentu yang kita taktau. But please use your brain. Jangan simpan buat pekasam.

Percayalah, walaupun kebenaran tu 1000 juta kali pahit tapi itu lah yang terbaik dari 1 pembohongan. Sebab bila berbohong lama² jadi pencuri. Bila berbohong masalah lain pulak akan timbul.

So pilih, hang suka kebenaran atau kepalsuan?

Gambar takde kena mengena dengan entry -_-