Showing posts with label tricky question. Show all posts
Showing posts with label tricky question. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Apa jawapan?

Assalamualaikum.

Aku ada satu soalan nak tanya korang semua. Kira macam mintak pendapat la kan. Jawapan takde betul takde salah. Semua boleh diambil kira. Hehe OK macam ni soalannya:

Katakanlah anda bekerja di sebuah syarikat. Kemudian department tempat anda bekerja pula selalu ada meeting terutama sekali dengan pelanggan. Tapi selalunya pelanggan akan memilih untuk meeting pada sebelha petang berbanding waktu pagi. So, macam biasa lah. Bila dah meeting kena la hidangkan minuman, makan² sikit. Tapi takpe, bab menghidang ni pihak pengurusan akan uruskan untuk anda. Cumanya bila bab mengemas bilik meeting, cuci cawan/pinggan semua cleaner akan kemaskan untuk anda. Masalahnya sekarang, waktu bekerja untuk cleaner bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bayangkan kadang² meeting boleh berlanjutan sampai 6.00 petang. Maknanya tiada siapa lah akan uruskan untuk mengemas bilik meeting tersebut selepas 4.30 petang. So, bila boss minta kemaskan bilik meeting tersebut dan anda dapati semua cleaner dah balik apa yang anda patut lakukan bila anda berada dalam situasi macam ni? 

Jawapan aku adalah aku kemaskan jelah. Bukan masalah besar pun setakat nak tutup aircond bilik meeting, basuh cawan/pinggan sikit² tu. Benda macam tu kita selalu buat kan? So memang bukan masalah besar pun bagi aku. TAPI, ada jawapan lain yang mengatakan sesetengah orang tak mahu buat macam tu. Sebab bagi dia itu bukan kerja dia. Makanya kalau dah taknak buat apa yang dia patut buat untuk selesaikan bilik meeting tu? Takkan nak tinggal bilik tu kotor macam tu je kan?

Aku tanya ni sebab aku pernah diajukan soalan macam ni masa interview. Then aku jawab jela macam jawapan kat atas tu. Aku memang takde pengalaman lansung kerja office ni. So memang blur terus taktau nak jawab apa. Memang takde la kan aku nk think out of the box time ketaq² camtu. Itu je jawapan yang lintas kat kepala hotak aku time tu. Hahaha. 

Hampa rasa apa jawapan yang releven? Kawan² yang kerja office tu, apa yang korang buat? Jangan lupa tinggal komen. Hehe thanks! :)