Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Apa jawapan?

Assalamualaikum.

Aku ada satu soalan nak tanya korang semua. Kira macam mintak pendapat la kan. Jawapan takde betul takde salah. Semua boleh diambil kira. Hehe OK macam ni soalannya:

Katakanlah anda bekerja di sebuah syarikat. Kemudian department tempat anda bekerja pula selalu ada meeting terutama sekali dengan pelanggan. Tapi selalunya pelanggan akan memilih untuk meeting pada sebelha petang berbanding waktu pagi. So, macam biasa lah. Bila dah meeting kena la hidangkan minuman, makan² sikit. Tapi takpe, bab menghidang ni pihak pengurusan akan uruskan untuk anda. Cumanya bila bab mengemas bilik meeting, cuci cawan/pinggan semua cleaner akan kemaskan untuk anda. Masalahnya sekarang, waktu bekerja untuk cleaner bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bayangkan kadang² meeting boleh berlanjutan sampai 6.00 petang. Maknanya tiada siapa lah akan uruskan untuk mengemas bilik meeting tersebut selepas 4.30 petang. So, bila boss minta kemaskan bilik meeting tersebut dan anda dapati semua cleaner dah balik apa yang anda patut lakukan bila anda berada dalam situasi macam ni? 

Jawapan aku adalah aku kemaskan jelah. Bukan masalah besar pun setakat nak tutup aircond bilik meeting, basuh cawan/pinggan sikit² tu. Benda macam tu kita selalu buat kan? So memang bukan masalah besar pun bagi aku. TAPI, ada jawapan lain yang mengatakan sesetengah orang tak mahu buat macam tu. Sebab bagi dia itu bukan kerja dia. Makanya kalau dah taknak buat apa yang dia patut buat untuk selesaikan bilik meeting tu? Takkan nak tinggal bilik tu kotor macam tu je kan?

Aku tanya ni sebab aku pernah diajukan soalan macam ni masa interview. Then aku jawab jela macam jawapan kat atas tu. Aku memang takde pengalaman lansung kerja office ni. So memang blur terus taktau nak jawab apa. Memang takde la kan aku nk think out of the box time ketaq² camtu. Itu je jawapan yang lintas kat kepala hotak aku time tu. Hahaha. 

Hampa rasa apa jawapan yang releven? Kawan² yang kerja office tu, apa yang korang buat? Jangan lupa tinggal komen. Hehe thanks! :)


Sunday, 21 July 2013

Semak perut~

Assalamualaikum.

Minggu ni buka blog pun kalut² je. Rasa macam banyak hal kena buat. Haha sibuk mengalahkan Menteri Pasola. Tambah² pulak dalam minggu ni dapat 2 interview kerja. *Alhamdulillah Tapi ku rasa sungguh gementar mengenangkan apa yang nak berlaku dalam interview tu nanti. Actually aku takdak lansung pengalaman masuk interview kerja. Ada pun sekali la. Masa lepas SPM dulu, interview nak masuk kolej apa ntah aku dah tak ingat. Lepas tu dah takdak interview² lagi dalam hidupku sampai lah saat ini. Baru la dapat rezeki nak masuk interview. *Banyak sungguh perkataan interview dalam entry ni-_-

So, agak serabut kusut la sikit kepala. Macam² dok fikir. Kahkah. Nampak sangat over nervous tau! Konon rasa macam butterfly in my stomach la. Hukhuk:P Apa pun doa²kan aku berjaya dan dipermudahkan urusan ini olehNya. Mana nak tau berkat bulan Ramadhan, InsyaAllah.

Lagi 1!! Korang share la sikit tips kat aku bagi yang dah ada pengalaman interview. Mana nak tau aku boleh pakai tip² korang. Hehe:)


p/s: Teringat sorang kawan dulu pernah cakap, kalau semak perut telan penyapu. Erkkk apa dia ingat macam semak dalam rumah ka ambik penyapu sapu. Huhu.