Cerita di Kedah: Aiskrim Pasu | miss fluffy


Sunday, 22 February 2015

Cerita di Kedah: Aiskrim Pasu


Ramai dah duk bercerita pasal aiskrim dalam pasu. Kan? Kebetulan pula baca entry kat blog kak Farah pasal aiskrim pasu. Jadi aku pun nak up la 1 entry. Hihi.

Sebelum ini aku dah pernah terbaca kat Facebook yang dekat Sungai Petani ada kedai yang menjual aiskrim pasu. So, last week aku dengan adik aku jalankan mission la. Maklumlah, pakat dok tayang makan dalam pasu. Aku pun takmau la terlepas. Nak juga makan dalam pasu. HAHA:16:

Bagi penduduk Sungai Petani dan sekitar waktu dengannya, yang teringin kempunan nak rasai makan dalam pasu, hampa boleh la ke vendor boutique Gerobok Tuan Tanah. Kedai depa dekat belakang IKM Sungai Petani je. Masuk simpang Taman Peruda then ada bagunan kedai sebelah kiri memang situ lah tempatnya. Senang sangat nak cari. Hehe

Sebekas RM5 je. Murah sangat. Ada 4 perisa tapi aku tak ingat la perisa apa cuma yang aku makan ni perisa vanila. Pastu kalau tak silap boleh pilih topping. Tapi aku tak pilih pun. Ini yang depa letak tapi ni pun dah cukup berbaloi-baloi. 

Revolusi. Dulu makan dalam cawan, kini makan dalam pasu, nanti mungkin makan dalam tempayan.
Pasu tu boleh diguna semula untuk menanam bunga kembang pukul 10.
Nyum!
Siapa teringin tu boleh la terjah. Eceh promote pulak. Haha tidak la, aku cuma bagi info je. Kot la mana yang dok kempunan lama dah tu boleh la try. Kan?

p/s: Entry terperam sebab sibuk makan kenduri time cuti CNY. Hoho!

1 comment:

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.