Random story | miss fluffy


Saturday, 14 February 2015

Random story


Happy weekend!! 

Aku berkesempatan menaip lagi hari ni. Hehe.
Just to write random things.
About what happen lately.

Macam yang kita tahu, kita kehilangan pemimpin yang hebat. Kehilangan yang membuatkan ramai yang berduka. Perjuangan beliau di bumi Allah sudah berakhir. Tapi dalam kita berduka, aku masih tak faham dengan segelintir manusia yang punyai hati yang busuk. Masih tergamak menghina dan mengutuk ulama. Masih sanggup mempermainkan kematian beliau.Teruk bukan? Padahal sesama Islam, apa yang Islam ajar kau? Moga Allah beri petunjuk & hidayah pada kalian.

Lagi. 
Terbaca pulak kejadian Chapel Hill Shooting. 3 mangsa beragama Islam mati ditembak di Amerika Syarikat. Malangnya, kejadian itu lansung tidak mendapat liputan dari media. Sedih kan? Cuba bayangkan yang menembak itu adalah seorang yang beragama Islam. Pasti liputannya sangat rancak dengan pelbagai spekulasi dan tuduhan extreme terhadap Islam. Am I right?

View image on Twitter

Lagi. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kisah ni sebab aku pun hanya baru terbaca di Facebook. Kisah saudara Islam kita di China.

Kerajaan China tindas masyarakat Islam (Uighur) di Xinjiang

Masyarakat Uighur sebenarnya bukanlah bangsa Cina. Rupa paras mereka hampir kepada orang Turki dan mereka juga berkomunikasi dengan bahawa Turki.

Nama sebenar Xinjiang pula asalnya ialah Turkistan Timur.

Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki yang telah dijajah oleh China sejak sekian lamanya. Pada tahun 1955, Parti Komunis China telah menukar nama Turkistan Timur secara rasminya kepada Xinjiang yang bermaksud ‘The New Territory’ atau ‘Wilayah Baru’.

Di antara bentuk penindasan yang diterima adalah :

1-Penahanan tanpa sebab
2-Pemenjaraan dan pembunuhan
3-Larangan mengamalkan Islam 
4-Larangan berhijab
5-Larangan berpuasa Ramadan
6-Pemindahan etnik Han ke Xinjiang sehingga Uighur berkurangan daripada dulunya 95 % kepada 45-50 % sahaja

Boleh klik link di sini untuk pembacaan lanjut.

China Protest

(Sumber: Facebook)

Apa lagi ye?
Banyak lagi kisah yang sangat menyentap hati aku lately.
Sungguh. Sedih.
Kedamaian itu bagaikan sukar dicari.
Islam itu bagaikan makin berpecah belah.

Entah.
Moga kita sentiasa dalam rahmat Allah.

4 comments:

  1. Sungguh. Sedih.
    :(
    Moga kita sentiasa dlm rahmat Allah swt.
    AMIN!!! <3

    ReplyDelete
  2. Islam ditindas mentah2 di hadapan mata kita. ya Allah, senjata kita hanyalah doa pada Yang Maha Kuasa :(

    ReplyDelete
  3. ok, entri nu sedih. islam ditindas sana sini. semoga lita dpt terus bertahan kerana Dia sentiasa bersama dgn org2 yg sabar

    ReplyDelete
  4. Yg berita di china ni xtahu pun.. hurm sedih tgk org islam ditindas.

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.