Entry Ramadhan #1: Syukur | miss fluffy


Saturday, 27 June 2015

Entry Ramadhan #1: Syukur




Setelah lama tak men-doodle, tetiba weekend ni rajin pulak nak lukis. Sampai dah lupa cara nak pakai photoshop bagai. HAHA. Ok entry khas Ramadhan. Ala untuk suka-suka je. Pengalaman sendiri. Aku rasa semua orang pun ada mengalami situasi macam dalam doodle tu kan? Pukul 1.00PM belum lagi tapi perut dah berdangdut semacam. Ehhh.. Kadang-kadang bunyi kuat sampai aku takut colleagues aku dengar. HAHA teruk betul perangai kan?

Baru berpuasa sehari dah tak boleh tahan. Orang lain kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan tak kecoh pun. Huhu actually bulan Ramadhan memang betul-betul mengajar aku erti syukur. Yela, kita di Malaysia sedap sungguh berbuka macam-macam juadah, hidangan. Belum masuk part air berjenis-jenis. Akhirnya bila dah terlampau kenyang, makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Sedihnya...

Baru-baru ni ada tengok video kanak-kanak kecil yang 2 hari tak makan di Syria. Kesian sangat!:face22: (Nah aku share video tu pada yang belum tengok)


:face29: :face29: :face29:
Tersentuh hati ni bila tengok mata dia. Syukurlah kita kat sini makanan lebih! Jadi jangan membazir, jangan turutkan nafsu. Bersederhana dan bersyukur. Itu lebih berkat.

Ok taknak membebel panjang. Just sharing pendapat buang sebaris dua. Hehe.

p/s: Berharap ada entry seterusnya:face44:

5 comments:

  1. time bulan Ramadhan ni la kena berjimat sebenar nyer. tapi yg sebalik nyer pulak yg berlaku.

    ReplyDelete
  2. kita kat sini makanan sampai kena buang bertan-tan :3

    ReplyDelete
  3. pukul 11 pukul 1 tu mmg saat2 genting tu.. belum smpai pukul 5-6 lg, sampai rumah terus terbaring..

    tak sampai hati nk tgk video tu. kesiann. huhu

    ReplyDelete
  4. alahai,sedihnya video tu walaupun pendek.itulah hikmah puasa, dapat merasai derita orang lain

    ReplyDelete
  5. kt malaysia makanan smpai kena buang dlm tong.. tu pun xreti bersyukur

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.