Adik-beradik | miss fluffy


Saturday, 24 October 2015

Adik-beradik


"Air dicincang takkan putus"

Mak cakap kaya mana pun kita, berjaya ke langit sekalipun jangan lupa adik-beradik kita.
Dari kecil bermain bersama, membesar bersama tapi bila dah dewasa kemana hilangnya kasih sayang seperti waktu dulu.
Kalau mereka susah kita bantu sebab mereka darah daging kita.

Gaduh macam mana pun, jangan sampai membenci.
Jangan sampai buang keluarga.
Jangan taruh ego itu lama².
Mengalahlah. Takda manusia yang mati sebab mengalah.
Mak pesan lagi, kalau adik-beradik sakit, sebaik-baiknya ziarah setiap hari jika mampu. Kita tak boleh jangka apa yang bakal terjadi.

Jangan nanti, bila kita mula menyesal, bila ego sudah dibuang, kita hanya mampu peluk & mencium tubuh kaku tak bernyawa. Masa tu menangis air mata darah sekalipun sudah takda makna apa² lagi.

Just a little reminnder from me! 
p/s: InsyaAllah, pesanan mak akan sentiasa aku ingat

2 comments:

  1. Mama Lissa pun selalu pesan, adik-beradik mesti saling berbagi dan jangan gaduh-gaduh. Kami adik beradik pun kalau gaduh kejap ja. hehe

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.