Cafe Hopping: Dinner with BFF at Pallet Cafe | miss fluffy


Sunday, 11 October 2015

Cafe Hopping: Dinner with BFF at Pallet Cafe


Entry ini dah lama terperam dalam draft folder. HAHA teruk sungguh nampaknya tahap kesibukan aku -.- Actually plan dengan kawan baik aku nak berjumpa. Almost 1 month dia bertukar ke tempat kerja baru. Jadi ini kali pertama kami berjumpa selepas sebulan. Banyak benda sangat nak share, nak cerita tak masuk gosip panas lagi. HAHA. So we decided to meet at Pallet Cafe.

Gambar blur sikit -_-
Lama dah usha cafe ni dan teringin sangat nak masuk tapi tak pernah berkesempatan. Akhirnya tercapai jugak! So nak review sikit la apa yang best dekat sini? 

Makanan: 
Ini yang paling penting. Cafe yang cantik, selesa tapi makanan tak sedap. Nak ke orang datang lagi? Jadi seharusnya hiasan dalaman cafe yang menarik seiring dengan hidangan makanan yang sedap. Di Pallet Cafe apa yang aku boleh katakan adalah makanan di sini sangat memuaskan hati. Sedap woii! Hidangan in big portion dan dari segi harga jugak agak berpatutan. Bagi aku berbaloi jika sekali sekala datang ke sini untuk menikmati makanan yang sedap. Kalau ada bajet lebih boleh la datang selalu. Hiksss:face15:


Jeng jeng. Ini yang kami order. Bukan nak bodek tapi memang sedap makanan ni semua. Amat berpuas hati habaq hang!


Ini favorite aku. Kalau datang sini lagi confirm aku akan order this hot chocolate. Sedap weh! Idea meletakkan marshmallow ini yang buat aku suka sangat.

Decoration: 
Dekorasi kedai adalah merupakan antara faktor utama kenapa aku suka berkunjung ke cafe. Suasana santai dan selesa di mana kita boleh duduk dan lepak, enjoy the food, boleh borak dengan kawan-kawan tanpa perlu terlalu formal. Untuk Pallet Cafe, dekorasi cafe ini amat menarik pada pandangan mata aku. Nama pun pallet kan, jadi bahan asas dekorasi kedai ini adalah dari kayu pallet. Dari dinding hingga ke meja dan kerusi semuanya daripada kayu pallet. Memang cantik dan terbaik. Boleh tengok gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang! Lagi satu, hiasan dinding dan hiasan yang digantung di siling juga sangat unik. Bagi pelanggan yang inginkan "angin luar" atau para smokers, cafe ini juga menyediakan tempat/meja makan di bahagian balkoni luar.


Nampak tak dekorasi dalam cafe ini? Dinding pallet, meja pallet, tang kerusi tu best. Tong besi tu pun boleh jadi kerusi beb! Kreatif sangat!


Tayar lama sebagai hiasan? HAHA lawa jugak kan, so siapa-siapa yang ada tayar lama boleh lah recycle jadi hiasan dekat dapur korang. Ha ada berani? :p

Hiasan atas meja
Tak banyak gambar dalam kedai yang aku ambil. Sibuk enjoy the food! HAHA

Siapa yang mencari-cari cafe best area Sungai Petani, Kedah boleh la singgah di sini! 

Details as below:
 Pallet Cafe
 Address: 162, Tingkat 1, Jalan Lagenda 6,
Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah.
(bangunan bertentangan Village Mall)
 04-4241189

3 comments:

  1. Jauhnya di Kedahh.. Bestnya tengok aglio olio.. terliurrr! :P

    ReplyDelete
  2. berkompang perut Lissa tengok gambar makanan tu petang-petang ni.. haha T_T

    ReplyDelete
  3. Uniknya dekorasi menggunakan bahan terpakai seperti tong yang diubahsuai jadi kerusi..

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.