Adventure Hiking at Gunung Pulai, Baling | miss fluffy


Monday, 7 May 2018

Adventure Hiking at Gunung Pulai, Baling

7.April.2018

Buat pertama kalinya selepas 5 tahun aku mendaki gunung. Last tahun 2012 hiking dekat Gunung Datuk. Lepas tu just hiking bukit je tu pun jarang sangat. Tapi tahun ni buat gila sikit. Kawan ajak hiking Gunung Pulai dekat Baling, Kedah.Dengan berbekalkan stamina hiking Bukit H seminggu sekali aku pun setuju. Excited kemain nak hiking Gunung Pulai. Perasan stamina kuat macam zaman muda mudi dulu. HAHA

Tiba hari yang dirancang kami sampai di kaki gunung lebih kurang pukul 7.30AM dan berkumpul seramai 17 orang.Dan kami mula mendaki bermula lebih kurang jam 8.30AM. Meh aku cerita serba sedikit la pasal Gunung Pulai ini. Terletak di daerah Baling dengan berketinggian 620m. Jangan silap dengan Gunung Baling pulak ye. Laluan Gunung Pulai adalah 99% batu-batuan besar dan tajam, hanya 1% je laluan bertanah. Boleh hampa bayangkan? Maknanya hampa kena extra careful kalau hiking di sini.

Ada laluan yang hampa kena gunakan tali untuk naik dan turun. Tapi anggaran 2-3 point ja. Yang selebihnya panjat batu je. Hati-hati dengan lubang diantara batu, risau jugak aku masa memanjat tu. Disarankan untuk memakai pakaian yang berkain tebal untuk elakkan baju atau seluar koyak terkena batu tajam dan tolong pakai glove/sarung tangan. Sebabnya hampa kena pegang batu yang tajam dan kasar untuk panjat naik ke atas. Kecekapan dan kekuatan kaki/tangan amat penting semasa pendakian kali ini.

Laluan berbatu dari kaki gunung hingga puncak T__T

Waktu yang paling sesuai naik adalah dalam pukul 4AM. Sebabnya pukul 9AM dah boleh start turun dari gunung. Silapnya kami hari tu kami mendaki lewat. Turun dari gunung pada pukul 12PM. Sumpah panas!! Aku tak tipu rasa terbakar dan pedih kulit bila kena panas. HAHA. Kami ambil masa 3 jam untuk mendaki dan 3 jam untuk turun.

Dari pengalaman aku ini, apa yang boleh aku ceritakan semasa mendaki agak mencabar dan perlu berhati-hati. Aksi panjat memanjat buat aku rasa mengah dan dahaga. Jadi sila prepare air secukupnya dan aku asyik berhenti rehat je. HAHA tapi bila sampai di puncak, MasyaAllah. Lawanya!! Di puncak gunung tak banyak pokok jadi pandai-pandailah cari tempat berteduh untuk rehat sebab cuaca agak panas. Aku berehat dulu sebelum mula ber-selfie. Letih oiii! Nah aku sajikan permandangan dari atas puncak Gunung Pulai ni.


 














Pengalaman turun dari gunung ini aku kira sangat mencabar. Lebih teruk dari mendaki. Bayangkan aku jadi nangka busuk 2 kali sebab salah langkah. Turun dalam cuaca panas juga buat aku mudah letih dan boleh dikatakan hilang tenaga. Dalam kepala cuba fikir nak sampai ke bawah dengan selamat. Bayangkan aku kena turun cerun pakai tali yang disediakan. Ya Allah kalau ingat balik seram. HAHA Yela level newbie macam aku ni panjat antara gunung yang paling extreme. Bila cerita balik dekat otai-otai hikers depa semua cakap benda yang sama. Gunung Pulai antara gunung yang extreme laluannya. Maigadd tetiba kembang hidung bangga sebab berjaya naik dan turun dengan kudrat yang ada.

Selepas penangan Gunung Pulai, aku nak insaf sekejap. Buat masa sekarang taknak join mana-mana hiking activity. Biar hilang dulu trauma Gunung Pulai baru start hiking balik. HAHA

♥ps: Entry peram cukup sebulan>0<

2 comments:

  1. hahaha.. mmg ramai hiker cakap gunung pulai tu tahap susah dia tu tinggi.. lagi tinggi dari gunung baling. gunung2 macam ni, orang kebanyakannya x naik dua kali.. naik sekali seumur hidup cukup dah sebab perit.. hahaha..

    saya pernah naik gunung baling je.. dua kali.. pulau x berkesempatan lagi.. emmang orang dok kata pulai 2-3 kali ganda lagi susah dari gunung baling..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️