Minggu lepas berkesempatan ke Penang dan pergi melihat keindahan perkampungan atas air (atau dipanggil "Clan Jetties in Penang") berdekatan dengan Lebuh Armanien yang viral di Facebook tentang kecantikan dan keunikan yang ada di sana.
Aku pula kebetulan baru balik ke kampung jadi bila dah lalu Penang tu apa lagi singgah la! Ok kalau menurut informasi yang aku baca, ada 7 jeti di sini. Ada yang tanya dekat area mana? Kalau hampa tau Jeti Feri atau Armenian Street, dekat tepi jalan tu je jeti ni. Tempat ni macam perkampungan dan hampa kena jalan sikit la. Aku sarankan parking kereta hampa dekat kawasan berbayar. Rasa selamat sikit berbanding parking tepi jalan.
Jeti yang aku pergi ni adalah Chew Jetty (selalu orang pergi) dengan Lim Jetty. Sepanjang jalan ada macam-macam ada dijual macam souvenir, minuman dan hampa boleh la cuba beli aiskrim potong. Serious sedap weh!! Lahi satu disarankan bawa payung atau pakai topi kalau hampa pergi tengahari rembang. Panas yang amat! HAHA
Apa yang best sangat pasal jeti ni? Kalau kau pencinta alam atau kau suka tengok permandangan cantik atau kau suka ambil gambar lawa-lawa upload dalam Insta, I tell you this is the best place. View laut memang superb lawa dengan angin laut, lagi rumah dekat sini masih lagi mengekalkan kegunaan kayu sebagai dinding dan lantai rumah mereka. Rumah lama bagi aku ada sentimental value yang tersendiri. Kekurangan tu ada tapi takpe asalkan aku boleh tengok dengan mata kepala sendiri itu sudah memuaskan hati aku. HAHA
Dah la, taknak membebel banyak kau bukan baca pun. Layan la beberapa gambar yang aku ambil. Mungkin kalau kau datang ke Penang, letaklah salah satu jeti ni dalam travel list hampa.
Tolong depa ambil gambar, lawa jugak macam ni.
Jadi inilah yang aku dapat share dengan hampa. Lepas pergi jeti boleh pergi Armenian Street pulak. Last aku pergi tahun 2015!! HAHA
♥ps: Nanti plan nak stay Penang takmau drive ;p
No comments:
Post a Comment
Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️
No comments:
Post a Comment
Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️