New Phase, New Journey | miss fluffy


Saturday, 13 April 2019

New Phase, New Journey


Setelah bertahun tak menaip, hari ni rajin pulak aku buka blog. Ya Allah, cepat betul masa berlalu kan? Lama sungguh tak update blog ni.

Just to share good news. Nanti lepas 2-3 tahun boleh baca balik apa yang aku taip kat sini. New phase. New journey. Yang aku sendiri tak percaya aku akan lalui benda ni. Lepas beberapa ujian yang datang, akhirnya Allah berikan aku peluang untuk merasai gerakan jasad dalam rahim aku. Zuriat yang dinanti-nanti. Setiap pasangan suami isteri tunggu berita gembira ni dan alhamdulillah Allah dah makbulkan doa kami.

Aku pernah share pasal operation endometriosis, maka banyak kali la kena pergi follow up dengan hospital. Setiap arahan & nasihat doktor aku ikut. Plus aku pun cuba iktiar dengan cara turunkan berat badan. Sebulan lebih juga aku berjogging setiap petang dan amalkan eat clean. Aku pernah terbaca kadang hormon kita yang tak stabil juga ganggu kesuburan. Salah satu punca berat badan berlebihan. Di sebabkan aku rasa overweight masa tu, so aku cubalah kurangkan berat. Tu jelah yang aku boleh share kalau tengah usaha nak dapatkan baby 😉

Sekarang dah masuk 36 minggu. I is nervous. Doakan semuanya dimudahkan ye. Aku dapat tau yang aku pregnant seminggu sebelum birthday aku. Special sangat Allah bagi hadiah birthday tahun lepas. Hadiah in progress, tahun ini baru delivery. HAHA. Aku sebenarnya tak percaya. Rasa macam mimpi. Tapi inilah hadiah paling best aku terima. Baru faham perasaan mak-mak yang nak menimang anak ni. Selalu tengok kawan-kawan pregnant pun dah happy teruk!

Untuk kawan-kawan yang masih menanti zuriat, aku doakan hampa pun akan rasa apa yang aku tengah rasa. Yang penting jangan putus berdoa. Bila hang dah rasa redha, masa tu lah rezeki yang tak sangka Dia akan bagi. Dulu orang nasihat macam ni jugak dekat aku. Redha, takpa Allah bagi. Doa banyak-banyak. Dan Allah takkan hampakan doa hambanya. Cuma masa Dia nak bagi tu masih rahsia. Cepat atau lambat. Atau mungkin dia nak bagi rezeki dalam bentuk lain. Mana kita tau kan?

InsyaAllah, kalau takda apa-apa masalah Ramadhan tahun ini bersama baby! Takpa ganti puasa sebulan pun tak kisah!! HAHA.

Muka ayah ke mummy?

ps: Doakan semua dipermudahkan ye♥

1 comment:

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.