Placenta Previa | miss fluffy


Tuesday, 16 April 2019

Placenta Previa


Mesti pelik kan rajin pulak aku update blog. Actually aku tengah pishang giler. Sebabnya ada kaitan la dengan tajuk post aku ni. Kalau hampa rajin Google, pi la cari apa makna Placenta Previa ni. Dalam istilah aku sendiri uri aku dekat bawah type 2. Tak silap aku PP ni ada 4 jenis. Jenis 1 sampai 4 tak sama kedudukan uri.

Bahaya ke tak? Doktor bagitau memang bahaya. Lagi-lagi kalau berlaku bleeding. Ibu akan kehilangan darah yang banyak dalam tempoh masa yang singkat malah boleh sebabkan kematian. Dengar pun menakutkan! Pada kandungan 7 bulan doktor scan dan detect aku ada PP type 3. So monitor sampai kandungan 36 minggu. Jika masih uri di bawah maka kena admit ward untuk dipantau sehingga tempoh bersalin.

Ini yang jadi pada aku sekarang. Admit ward 2 minggu awal sebelum due date bersalin. Sebab tu aku cakap pishang!! Boring weh sebab kena rest dalam wad. Baru masuk hari ke-7 dah rasa macam mana dunia aku!! HAHA Nasib baik bos tempat kerja memahami. Ada lebih kurang seminggu lebih lagi untuk pemantauan. Kalau still kat bawah doktor akan bagi tarikh untuk Ceaserian. OMG akak dengar pun macam scary je. Taktau la perasaan tu sekarang macam mana. Happy, takut semua ada. HAHA

Tapi sesungguhnya aku mengharapkan kelahiran pertama ni secara normal la. Doa la siang malam moga Allah makbulkan. Amin. Jadi marilah countdown bersama aku. InsyaAllah 21hb April ni maybe akan scan. Masa tulah decide nak bagi keluar kot tingkap ke pintu. HAHA

My uniform (•  ̫•)
My current view RN!
ps: Harap semua berjalan lancar♡

No comments:

Post a Comment

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.