Showing posts with label #PrayforMalaysia. Show all posts
Showing posts with label #PrayforMalaysia. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Mengenang MH370: Genap setahun kehilanganmu


Rasa macam baru je berita kehilangan pesawat ini menjadi isu hangat. Tapi hari ini genaplah setahun kehilangan tanpa jejak pesawat malang ini. Setahun juga menunggu khabar berita gembira, setahun keluarga berduka lara.

Ada yang menunggu ibu, bapa, anak, suami, isteri. Menunggu kepulangan insan tersayang tanpa berputus asa. Hanya doa yang mampu dikirim ketika ini. Rindu yang tak terhingga, hanya mampu dipendam begitu sahaja. Kata putus sudah diberikan, mereka pergi tanpa jejak. Tanpa batu nisan untuk dipacak, tanpa kubur untuk dilawati.

Bersabarlah wahai saudara ku, moga satu hari ini Allah memberikan kita petunjuk dan jawapan kepada tanda tanya ini. Doa yang baik-baik. Moga mereka baik-baik. Al-Fatihah.

Semoga mereka berada dalam lindungan-Nya.


#PrayforMH370 #MengenangMH370

Tuesday, 30 December 2014

Fikir sebelum write, like, share atau retweet.


Fuh..Fuh.. *Buang habuk.

Hai uolls, lama rasa tak melalut. Cerita banyak. Masa je tak banyak nak menaip. 
Ok, macam yang 1 Malaysia dah tahu sekarang. Banyak musibah yang dah berlaku kat negara kita. Dari kehilangan pesawat MH370, pesawat MH17 pulak ditembak jatuh dan yang terbaru banjir teruk yang melanda negeri-negeri di pantai timur dan kehilangan lagi pesawat Air Asia nampaknya memberi impak yang besar pada negara kita. Anggap ujian dari Allah. Teguran satu persatu dari Allah. Aku tak mahu cakap lebih sebab aku bukan berada di tempat mereka. Takziah aku ucapkan. Ingat SABAR itu yang penting. DOA sebagai senjata orang mukmin. Allah nak uji sejauh mana hamba Dia ingat padaNya.

Done bab pembuka cerita. Sekarang straight kepada tajuk entry.
Dah banyak kejadian berlaku, banyak pulak la penganalisa, pilot, pengulas berita, ahli meteorologi, wartawan dan macam-macam profesion tak bertauliah muncul kat media sosial. Banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan. 

Yang lagi best, depa ni pakat post status atau komen-komen yang kadang-kadang boleh bikin panik. Boleh buat gaduh. Yang geng keyboard warriors pun satu hal. Taip berdegang-degang tak mau mengalah dengan fakta-entah-cilok-mana yang depa dapat. Ada pulak tu geng yang edit gambar. Pastu post kononnya kejadian sebenar yang dirahsiakan. 

Ok nak bagi example sikit. Macam semalam khabarnya ada angin kuat atau ribut (I'm not sure) di Balik Pulau, Penang. (Got this info from my friend live in Penang). Then ok lah. Pray everything OK. Tapi yang lagi best ada yang post "Penang dah keluarkan amaran tsunami.' Serious, what the heck? What wrong with you? Mungkin kau tulis tu kau rasa gempak giler, sebab kau feeling kau orang 1st yang tahu. Then ada la yang sedap dok share, retweet bagai. Nampak kecil tapi kau tahu impaknya pada masyarakat? Pendapat aku la, biar jela polis cari kau. Malas nak layan tau orang macam ni. HAHA.

Jadi pada anda yang tend to spread rumors, please be careful OK. Fikir dulu sebelum bertindak. Fikir perasaan mangsa atau ahli keluarga mereka. Seronok eh buat benda-benda yang boleh bikin kau famous sebab cerita sensasi-jadah-hape kau tu? Ingat kat dunia kau mungkin lepas, ha kat akhirat tengok ah! Merangkak-rangkak cari orang tu balik nak minta maaf. Masa tu it was tooooo late!! HAHA.

Makanya kawan-kawan yang aku sayangi sekalian, sebelum nak post apa-apa statement  ke status ke fikir 10000 juta kali. Dunia media sosial ni sangat pantas. Dalam beberapa saat je kau mungkin dah sebarkan berita palsu entah kepada beberapa ribu orang. 

Sekian, kbai! Aku tau entry kali ini panjang. Tapi sila baca. Ini paksaan! KAHKAH

Image from Google

#PrayforPantaiTimur
#PrayforAirAsiaQZ8501
#PrayforMalaysia