Mengenang MH370: Genap setahun kehilanganmu | miss fluffy


Sunday, 8 March 2015

Mengenang MH370: Genap setahun kehilanganmu


Rasa macam baru je berita kehilangan pesawat ini menjadi isu hangat. Tapi hari ini genaplah setahun kehilangan tanpa jejak pesawat malang ini. Setahun juga menunggu khabar berita gembira, setahun keluarga berduka lara.

Ada yang menunggu ibu, bapa, anak, suami, isteri. Menunggu kepulangan insan tersayang tanpa berputus asa. Hanya doa yang mampu dikirim ketika ini. Rindu yang tak terhingga, hanya mampu dipendam begitu sahaja. Kata putus sudah diberikan, mereka pergi tanpa jejak. Tanpa batu nisan untuk dipacak, tanpa kubur untuk dilawati.

Bersabarlah wahai saudara ku, moga satu hari ini Allah memberikan kita petunjuk dan jawapan kepada tanda tanya ini. Doa yang baik-baik. Moga mereka baik-baik. Al-Fatihah.

Semoga mereka berada dalam lindungan-Nya.


#PrayforMH370 #MengenangMH370

9 comments:

  1. setahun sudah. sampai sekarang kita masih x tau apa yg sbnr nyer dah berlaku ke atas MH370.

    ReplyDelete
  2. INsyaAllah sampai masanya nnti akan jumpa juga, sbb ini bkn kes pertama hilang terlalu lama

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, MH370 ni sesuatu yg misteri.... Harap2 satu hari nnt kebenaran dpt diketahui

    ReplyDelete
  4. sekejap je kan, dh setahun.. kelip2 ku sangka api, kalau api mana puntungnya. hilang ghaib disangka mati, kalau mati mana kuburnya..

    ReplyDelete
  5. itu lah. macam baru je semalam satu dunia kecoh dgn kehilangan mh370 ni kan. huhu

    ReplyDelete
  6. sekejap sangat masa berlalu kan... :(

    ReplyDelete
  7. al- fatihah buat mangsa MH370.. dh setahun rupanya

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.