How to deal with your customer? Mohon masuk training segera! | miss fluffy


Tuesday, 3 March 2015

How to deal with your customer? Mohon masuk training segera!


Panas, membara, hati terbakar, sakit hati. Tediaaa semua api je tu. Bisikan syaitan. HAHA but ini cerita semalam uolls!

Semalam ada cerita sebenarnya. Masuk ke Watson hajatnya nak membeli sesuatu. Bila dah grab barang tu nak bayar di kaunter baru perasan cuma ada note RM50 je dalam purse. Takda duit kecil. Jadinya terpaksa la membayar dengan note RM50 tu. Kedai besar, macam-macam barang jual so aku expect mereka akan ada duit kecil untuk pulangkan baki. 

Memula cashier dah tanya aku takdak duit kecil ke. Memang takdak. Bukan saja-saja taknak bagi. Sekali kena sound 'Eh, akak memang nak tukar duit kecil eh' OMG!! Lancang sekali mulut si cashier tu mengata. Then siap hentak-hentak konon macam nak marah. Excuse me, aku baru hulur RM50 kau dah menggelabah nak sound customer dah kenapa? Seriously takkan kau takdak prepare duit kecil? 

Mungkin kau pemalas nak letak duit kecil dalam cash machine sampai kau kena sound customer supaya prepare duit kecil. Silapnya semalam aku tak letak balik barang, ambil balik duit dan blah! Kojaqqqq sangat! Mungkin dia patut dihantar jalani latihan how to deal with customer. 

Aku boleh terima kalau cakap elok-elok. Takda duit kecil then ok. Just tell me nicely. I won't bite. Ni tak, sedap kau nak sindir, nak perli. Ingat aku bayar dengan daun pisang ke? Tak boleh terima betul. Here I'm not blaming Watson, kang ada pulak manusia suka putar cerita ni. Bukan boleh sangat zaman sekarang ni. HAHA.

Aku bukan nak burukkan bangsa aku dan bukan semuanya teruk tapi sometimes bila aku masuk kedai cina selesa sangat nak membeli. Walau kedai buruk je pun tapi depa ada budi bahasa. Kadang nak support bangsa sendiri but at the end hati sendiri yang sakit. Jadi? Fikirlah sendiri.

4 comments:

  1. I kinda can relate to this. Tak pelik sgtlah kalau bisnes cina selalu maju. Diorg selalu pandai meniaga, ayat selalu manis.

    ReplyDelete
  2. next time kena panggil manager kat situ. kalo aku, aku hentak dah meja tu sambil menjerit panggil manager dia. confirm terkejut beruk cashier tuh. tp tu la, sbb hang pompuan kot yg dia buat mcm tuh. next time kena garang sket. gunakan slogan "customer is always right". x kisah la kalo customer nak beli utk tukar duit kecik ke. customer tetap customer.

    p/s: tiba2 aku rasa mcm aku dah boleh bg training on customer service dah ni...

    ReplyDelete
  3. Memang terasa hati la kalau gitu.

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.