Weight Loss Mission: Healthy Lifestyle | miss fluffy


Thursday, 19 March 2015

Weight Loss Mission: Healthy Lifestyle


OK nampak serious sekali tajuknya. Gerun, sejuk, kecut, takut, ketaq lutuit. Mampu ke nak laksanakan misi turunkan berat badan. Seriously selama ini dah macam-macam cara aku buat untuk maintain atau turunkan berat. Ada yang berjaya tapi tak sampai seminggu jarum penimbang naik dengan jayanya. Ada yang hangat-hangat tahi hayammm! Haishhh sejak bekerjaya ni makin menjadi-jadi pulak pertambahan berat. Bila kelebek *bahasa baku-meneliti balik gambar masa study dulu bahagia tak terkata. Tak kurus tak gemuk. HAHA *perasan!

Jadi untuk kali ini biarlah aku tetapkan pendirian aku sehingga berjaya mencapai berat yang aku impikan. Doakan aku! Tskk! Azam untuk kurus yang sejak dari dulu dalam list tak pernah tercapai. So biarlah tahun ini tercapai. Kahkah sedihhh betoi la hang ni...


Jadi dengan bantuan Google aku nak mencuba Eat Clean. Banyak blog mat salleh la kalau bercerita bab eat clean ni. Blog tempatan ada jugak tapi tak banyak. Apa itu eat clean? That's mean no process food. Kalau hang rasa meggi tu eat clean, mai aku tibai hang laju-laju. Ada jugaklah aku Google beberapa resipi yang kena dengan tekak ke-Melayuan aku ni. Takmau la duk tibai cheese, sayoq 24 jam. Boleh rencat aku kalau tak tibai nasi. Awat pulak tak boleh makan nasi, tapi biarlah mengikut portion yang betul. Janganlah nasi tambah 3 kali, sayoq semangkuk, ayam se-ekoq. Tu bukan Eat Clean sayang. Tu mencekik namanya -_-



Sedikit exercise perlu aku aplikasikan. Hampa jangan duk pikiaq exercise ja kena berlari pusing padang. Exercise ja kena masuk gym angkat berat la, lari atas treadmill la. Salah!! Exercise ni macam-macam boleh. Berjalan, naik tangga turun tangga, basuh kain-jemur kain-kutip kain-lipat kain...semua boleh dikategorikan sebagai exercise. Kena la thinking out of the box sikit. Kehkeh. Ataupun spend la dalam 30 minit untuk bersenam lepas kerja. Buat yang simple pun dah ok. Aku harap aku berjaya buat bab ni! Exercise dalam kamus hidup aku selalunya berakhir dengan mata terpejam berdengkur atas katil. Pfttt sangat!!

Aku suka Google workout apa yang aku mampu buat. Jangan paksa diri kalau tak mampu. Buat apa yang korang mampu


Dan aku jugak ada ambil ini!

Skinny Mint Tea. Ini adalah teh detox. Aku ada baca jika kita detox badan kita ia boleh membantu menurunkan berat badan. So aku jadikan teh ni sebagai bahan sampingan untuk membantu aku menurunkan berat. Hopefully this tea work well to me!! Terpulang pada diri masing-masing. Tak minum teh ni pun takpa. It's your choice. Tapi janganlah mengharapkan teh ni ja, exercise takmau dan makan macam hang bela saka. No..no..no! 


Oh, aku tak makan kucing untuk kurus. K bye -_-



Doakan aku istiqamah dan berjaya melawan nafsu makan dinosour meluap-luap ni. Nak pakai balik baju lama-lama saiz M!! InsyaAllah, kalau sempat aku update apa saja berkaitan eat clean ni. Hopefully boleh jugak membantu korang kat luar sana yang pasang angan-angan macam aku ni. 

Ingat diet tak semestinya hang tak makan berbulan-bulan. Diet tak semestinya hang tak makan favorite food hang. Diet tak semestinya hang kena exercise 24 jam. Aku pun tak sanggup gitu! But for a while, aku cuba elakkan fast food restaurant! Arghhh!! Kepsi, Pizza Hut, Domino's. Tskkk!

All the best to me!


So, are you dare to be gorgeous? :face9:

4 comments:

  1. good luck Mimie!so true, detox tu penting.buang dulu toksin-toksin dalam badan tu..semoga berjaya kuruskan badan ye

    ReplyDelete
  2. perghhh perghhh!! mcm menarik je bunyiknya. tapi masalhnya dgn eat clean ni, poket kita pun boleh clean sbb lazimnya makanan yg tak berapa clean tu yg lg murah dr clean. gua mampu minum detox drink je. lelebih karang tggai rangka je pulak satgi. sekrg pun berat 40 kilo je T_T

    ReplyDelete
  3. Wow..... sukalah dengan semangat awak ni Mime.....Ok, OKje pun nak kuruih jugak tp makan banyak macamana tu? haha.....
    Tak pe kasi chance kat OKje....slowly hokay....hihi
    Alolo....cik Bulus tu nak berdetox juga ka??/

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.