Showing posts with label pesawat MH370. Show all posts
Showing posts with label pesawat MH370. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Mengenang MH370: Genap setahun kehilanganmu


Rasa macam baru je berita kehilangan pesawat ini menjadi isu hangat. Tapi hari ini genaplah setahun kehilangan tanpa jejak pesawat malang ini. Setahun juga menunggu khabar berita gembira, setahun keluarga berduka lara.

Ada yang menunggu ibu, bapa, anak, suami, isteri. Menunggu kepulangan insan tersayang tanpa berputus asa. Hanya doa yang mampu dikirim ketika ini. Rindu yang tak terhingga, hanya mampu dipendam begitu sahaja. Kata putus sudah diberikan, mereka pergi tanpa jejak. Tanpa batu nisan untuk dipacak, tanpa kubur untuk dilawati.

Bersabarlah wahai saudara ku, moga satu hari ini Allah memberikan kita petunjuk dan jawapan kepada tanda tanya ini. Doa yang baik-baik. Moga mereka baik-baik. Al-Fatihah.

Semoga mereka berada dalam lindungan-Nya.


#PrayforMH370 #MengenangMH370

Tuesday, 25 March 2014

#RememberingMH370


Persoalan akhirnya terjawab
Biarpun mengambil masa 
Tapi sekurang-kurangnya kita tahu keadaan mereka.
Sedih.
Hati terasa mahu menafikan khabar sedih ini.
Terasa bagai mimpi.
Masih tetap mahu memilih keajaiban.
Tapi inilah realiti.
Yang perlu kita hadapi.

Doa buat mereka.
Itu yang mampu kita kirimkan.
Hanya Dia yang mengetahui keadaan mereka.
Saat ini,
ceritakan yang baik-baik sahaja.
Itu lebih baik dari melemparkan segala tomahan.
Henti segala tuduhan.
Kerana ia tidak mendatangkan apa-apa.

Buat ahli keluarga.
Bertabahlah.
Jangan berhenti berdoa.
Harap kalian kuat.

Embedded image permalink

Monday, 10 March 2014

Menanti, Berharap, Berdoa.


Kehilanganmu menjadi misteri.
Kehilanganmu menjadi tanda tanya.
Kehilanganmu meresahkan hati kami.
Kehilanganmu masih dinanti.

Walau apa pun keadaanmu,
Kembalilah kepada kami.
Sekurang-kurangnya,
Kami tahu apa yang terjadi.

Ya, aku bukan siapa-siapa.
Bukan juga ahli keluarga mangsa.
Aku cuma insan biasa,
Yang mana hati dan perasaanku terjentik
Dengan peristiwa ini.

Doa kami mengiringimu.
Tunjukkan dirimu,
Munculkan dirimu,
Timbulkan diri,
Agar kami bisa membantumu.

Saat ini,
Hanya pada Yang Satu kami meminta.
Agar Dia permudahkan segala.
Tabahlah wahai hati-hati.
Redha dengan ketentuan ini.
Doakan agar mereka kembali.

#PrayForMH370

Saturday, 8 March 2014

#PrayForMH370



Sudah lebih dari 20 jam hilang tanpa sebarang khabar. Berita yang mengejutkan Malaysia. And please don't make any nonsense speculations.