Mula-mula aku tak tau apa yang jadi hari ni. Serious aku tak tau. Tapi bila buka Facebook, ramai sangat pos pasal Gaza. Pasal Israel. Apa? So, aku pun pelan-pelan baca. Pelan-pelan buka setiap info yang kawan-kawan share.
Kelu. Sedih. Kejam!
Tu je yang keluar dari mulut aku. Apa salah saudara Islamku kat sana? Siapa yang terrorist sebenarnya? Orang Islam dituduh sebagai terrorist, tapi Yahudi yang membunuh berpuluh ribu saudara kami layak dipanggil apa? Penjenayah? Bukankah itu lebih kejam dari terrorist? Budak kecil yang tak berdosa dibunuh, terbakar. Sedih aku tengok. Makin lama aku scroll wall Facebook aku, makin aku tak sanggup nak tengok.
Marah dengan Israel, marah dengan Amerika, marah dengan diri sendiri kerana yang aku mampu buat hanya berdoa. Ya, hanya doa.
//Moga Allah melindungi mereka.