Showing posts with label save gaza. Show all posts
Showing posts with label save gaza. Show all posts

Sunday, 13 July 2014

Gaza Under Attack



Karya penuh emosi.

Keep praying for them!

Sumber: Facebook Aqsa Syarif
Karya: OReN

Friday, 11 July 2014

Salam Jumaat: Pray for Gaza



Kalau kita tak mampu turun berjuang bersama mereka, aku rasa mungkin kita mampu beri pelbagai pertolongan walaupun dari jauh. Doa, sumbangan dan macam-macam lagi. Sedih aku tengok anak-anak kecil tak berdosa menjadi mangsa kekejaman Israel. 

Marilah membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza dengan sumbangan kecil melalui sistem sms. Sumbangan anda akan disalurkan ke tabung Aman Palestin.

Taip PALESTIN<jarak>10/3/5 dan hantar ke 39111. Semoga sumbangan anda dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.

Friday, 7 December 2012

Everyone got their foods.

Assalamualaikum.

Tadi masa 'berfacebook' jumpa gambar-gambar ni. Tersentuh hati tengok. Betapa aku seharusnya mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi. 

Everyone got their foods.







But us.

 

Source: Aman Palestin (FACEBOOK)

Let's picture tell the stories. 1 gambar 1000 cerita. 
#Pray for Gaza & Syria.

Monday, 19 November 2012

Boikot~

Assalamualaikum.

Sana sini orang cakap pasal Gaza. Pasal Israel. Pasal McDonald yang bagi makanan free. Pasal Coca Cola. Pasal BOIKOT! Yeah, penuh kat wall facebook aku. Boikot McDonald, jangan makan, jangan beli.

Tak kurang juga yang bijak pandai mengeluarkan status berbentuk anti-pemboikot. Kononnya apa lah sangat kalau boikot pun. Sikit pun tak menjejaskan company besar ni. Still lagi mampu mereka beli senjata dan bom kan? Yang lagi cerdik, makian dan hamburan untuk pemboikot. Maklumlah, peminat tegar makanan segera. 



Siap tuh, ada yang menyindir. Kenapa tak diboikot Facebook? Kan Yahudi. Okey. Macam-macam isu. Boikot hangat-hangat tahi ayam la. Tak lama la. Macam-macam!

Tengok. Pejam mata. Fikir. Ada 3 jenis perangai manusia dalam facebook yang isunya cuma saudara Islam kita & boikot.

Pemboikot dengan isu boikotnya dan anti-boikot dengan sindiran dan cakap-cakapnya. Pendapat aku, masing-masing Allah dah bagi otak siap dengan pakej akal. Manusia je ada tau, binatang, pokok, batu semua takde. Special kan kita? So, sila gunakan akal yang Allah bagi tu sebetulnya. Jangan membabi buta keluarkan statement yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Fikir sebelum taip ye.

Aku tak mengatakan boikot tuh salah dan anti-boikot tu salah. Masing-masing berbeza pendapat. Takpe lah kau tanak boikot, tapi statement pedih yang kau keluarkan tu kepada pemboikot. Aku rasa itu kot yang salah. Biarlah dia nak boikot. Impak tak besar lansung tapi sekurang-kurangnya dia ada kesedaran nak tolong saudara Islam dia biarpun sangatlah kecil jasanya. Kecil sangat!! At least, ada sifat belas kasihan dalam hati dia daripada orang yang si pencaci cerca kan?


Carilah hati yang baru.

Think twice before you talk. Kadang-kadang apa yang kita tulis tu lah menggambarkan siapa kita. Jangan makin ditulis makin terserlah kebodohan kita. Maaflah. Aku tak tujukan pada sesiapa. Tapi bila aku tengok gambar-gambar saudara aku. Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Biar kecil tapi In Shaa Allah biar Allah je yang tau. Walaupun kecil tapi berterusan. Aku tanak disoal kelak apakah yang aku lakukan ketika saudara aku dibunuh, dihina, diseksa dan jawapan aku adalah tidak berbuat apa-apa.Taknak!! 

Terpulang pada korang. Kalau korang rasa apa jadahnya motif boikot bagai banyak lagi cara yang korang boleh sumbang. Kepada pemboikot, moga ada ganjaran pada anda kelak. Tapi sila fahami dengan dalam apakah yang dimaksudkan dengan boikot dan kenapa kau perlu buat ni semua. Fikir dulu ye. Kedua-duanya tak salah. 

Tapi ingatlah, kemana duit anda disalur ye. Dan sanggupkah kau lihat ni:







Source: Aqsa Syarif

Menangis aku tengok gambar ni. Apa salah budak kecil ni? Kalau tengok dan tak rasa pape, sila rujuk 'quote' yang aku letak kat atas.


More info regarding boycott issue and Gaza: Aqsa Syarif (Facebook)
Korang boleh baca komen-komen yang ditulis dan nilai sendiri. *Buat dengan ikhlas, jangan buat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Apa pun tak dapat!

Thursday, 15 November 2012

#Pray for Gaza

Assalamualaikum.

Mula-mula aku tak tau apa yang jadi hari ni. Serious aku tak tau. Tapi bila buka Facebook, ramai sangat pos pasal Gaza. Pasal Israel. Apa? So, aku pun pelan-pelan baca. Pelan-pelan buka setiap info yang kawan-kawan share.

Kelu. Sedih. Kejam!

Tu je yang keluar dari mulut aku. Apa salah saudara Islamku kat sana? Siapa yang terrorist sebenarnya? Orang Islam dituduh sebagai terrorist, tapi Yahudi yang membunuh berpuluh ribu saudara kami layak dipanggil apa? Penjenayah? Bukankah itu lebih kejam dari terrorist? Budak kecil yang tak berdosa dibunuh, terbakar. Sedih aku tengok. Makin lama aku scroll wall Facebook aku, makin aku tak sanggup nak tengok. 

Marah dengan Israel, marah dengan Amerika, marah dengan diri sendiri kerana yang aku mampu buat hanya berdoa. Ya, hanya doa. 




//Moga Allah melindungi mereka.