Boikot~ | miss fluffy


Monday, 19 November 2012

Boikot~

Assalamualaikum.

Sana sini orang cakap pasal Gaza. Pasal Israel. Pasal McDonald yang bagi makanan free. Pasal Coca Cola. Pasal BOIKOT! Yeah, penuh kat wall facebook aku. Boikot McDonald, jangan makan, jangan beli.

Tak kurang juga yang bijak pandai mengeluarkan status berbentuk anti-pemboikot. Kononnya apa lah sangat kalau boikot pun. Sikit pun tak menjejaskan company besar ni. Still lagi mampu mereka beli senjata dan bom kan? Yang lagi cerdik, makian dan hamburan untuk pemboikot. Maklumlah, peminat tegar makanan segera. 



Siap tuh, ada yang menyindir. Kenapa tak diboikot Facebook? Kan Yahudi. Okey. Macam-macam isu. Boikot hangat-hangat tahi ayam la. Tak lama la. Macam-macam!

Tengok. Pejam mata. Fikir. Ada 3 jenis perangai manusia dalam facebook yang isunya cuma saudara Islam kita & boikot.

Pemboikot dengan isu boikotnya dan anti-boikot dengan sindiran dan cakap-cakapnya. Pendapat aku, masing-masing Allah dah bagi otak siap dengan pakej akal. Manusia je ada tau, binatang, pokok, batu semua takde. Special kan kita? So, sila gunakan akal yang Allah bagi tu sebetulnya. Jangan membabi buta keluarkan statement yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Fikir sebelum taip ye.

Aku tak mengatakan boikot tuh salah dan anti-boikot tu salah. Masing-masing berbeza pendapat. Takpe lah kau tanak boikot, tapi statement pedih yang kau keluarkan tu kepada pemboikot. Aku rasa itu kot yang salah. Biarlah dia nak boikot. Impak tak besar lansung tapi sekurang-kurangnya dia ada kesedaran nak tolong saudara Islam dia biarpun sangatlah kecil jasanya. Kecil sangat!! At least, ada sifat belas kasihan dalam hati dia daripada orang yang si pencaci cerca kan?


Carilah hati yang baru.

Think twice before you talk. Kadang-kadang apa yang kita tulis tu lah menggambarkan siapa kita. Jangan makin ditulis makin terserlah kebodohan kita. Maaflah. Aku tak tujukan pada sesiapa. Tapi bila aku tengok gambar-gambar saudara aku. Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Biar kecil tapi In Shaa Allah biar Allah je yang tau. Walaupun kecil tapi berterusan. Aku tanak disoal kelak apakah yang aku lakukan ketika saudara aku dibunuh, dihina, diseksa dan jawapan aku adalah tidak berbuat apa-apa.Taknak!! 

Terpulang pada korang. Kalau korang rasa apa jadahnya motif boikot bagai banyak lagi cara yang korang boleh sumbang. Kepada pemboikot, moga ada ganjaran pada anda kelak. Tapi sila fahami dengan dalam apakah yang dimaksudkan dengan boikot dan kenapa kau perlu buat ni semua. Fikir dulu ye. Kedua-duanya tak salah. 

Tapi ingatlah, kemana duit anda disalur ye. Dan sanggupkah kau lihat ni:







Source: Aqsa Syarif

Menangis aku tengok gambar ni. Apa salah budak kecil ni? Kalau tengok dan tak rasa pape, sila rujuk 'quote' yang aku letak kat atas.


More info regarding boycott issue and Gaza: Aqsa Syarif (Facebook)
Korang boleh baca komen-komen yang ditulis dan nilai sendiri. *Buat dengan ikhlas, jangan buat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Apa pun tak dapat!

18 comments:

  1. Subhanallah.....memang tak sanggup nak tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sanggup nk tengok..tapi ni lah nasib saudara kita:(

      Delete
  2. em itulah..disebabkan sbb usaha nk mboikot tu remeh n kecik nilainya, rmai yg mls nk buat..tp tu semua berbalik kepada hati..tgk teman seagama dzalimi, klu xda scalit rasa tanggungjwb nk mnolong, mmg hati tu dh mati.gelap. utk utk boikot tu, paling kurg, ada sedikit usaha nk mnolong...

    teringin nk tgk gambar2 org yg beratur pjg smata2 mknn free dr mcd tu..rasa nk bgi pnampor sbijik..hehe. takpun berkata2 sarkastik biar bg tersentap 10saat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..org cakap 'sila luaskan skop anda. jangan nak boikot McD saja. Facebook pun yahudi'. Sudahkan beliau google habis siapakah penyumbang terbesar kpd israel ni? Kalau tak mampu nk boikot yang semua, boikot la yg utama. Mudah kan? Tapi buat susah. Haha.

      Xpe lah mr.copy&paste oii. Kita xtau hati depa. Mungkin depa sumbang ke arah lain kot. Biar. Masing2 pny cara. Kan?:)

      Delete
  3. Kalau nak mengira, nak include semua tu .. baik tak payah hidup terus . Susah jugak orang macam ni ,bila terjadinya satu isu ,kendian terus isu lain pula dilahirkan . Daripada duduk update status mengarut kat facebook yang melalaikan tu , better tadah dua tangan berdoa untuk saudara di sana ;) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt!! Even tak mampu buat apa doa pun ada dari mengarut tak tentu hala. Kesian, baca status yang kononnya open minded walhal status tu mengundang tawa org sekeliling. Maaf cakap tapi itu reality.

      Delete
  4. seyes.. mmg sedih sangat.. meleleh airmata tgk bayi dan kanak2 yg x tahu ape.. ya allah selamatkan lah mereka dr yahudi yg tak berperikemanusiaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sedih sgt..budak-budak yang hilang mak ayah, adik abang. padahal dorang masih kecik lagi..dorang tak bersalah tapi dibunuh seolah-olah buat salah besar.

      Delete
  5. hnye mampu mndoakan mereka disana smoga sntiasa dlindungi dan dberi kesabrn yg tinggi.. =<

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tu je yg kita mampu buat selain menderma.

      Delete
  6. taknak cakap pasal boikot.. sebab bg sy, drpd sibuk2 bising pasal boikot ada baiknya kita bantu golongan yg kumpul dana utk mereka di sana.. tak pun perbanyakkan lagi doa, spy mereka dibebaskan drpd kekejaman Israel ni.. tp biasalah, lain org lain pendapatnya.. betul tak? hehe..

    p/s : cuma sedih jugak lah, jgn sebab boikot ni kita berpecah.. sepatutnya kita bersatu untuk bantu mereka.. bukan bertikam lidah gara2 hal ni.. hmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..boikot ke tak semua atas diri masing2..so, takde hal lah smp nk bergaduh...hehe ni tak..bertikam lidah nak menetukan sp yg betul..takkan burger sebijik pun nk bergaduh kan?different person different opinion..kita terima je la..:)

      Delete
    2. kannn.. lain org, lain pendapat dan lain caranya.. yg penting hormat cara dan pandangan org lain.. mengenangkan nasib saudara kt sana, saudara kt sini pulak yg dimusuhkan.. macam mane tu? sedih2..

      haihhh.. sandiwara di pentas dunia.. (ha, kan dah keluar dah ayat2 madah berhelah ni.. ada jugak kak Ziana ni menangis kang)

      Delete
    3. haha...wahh sastera jugak cik aisya nih..huhu..
      xpelah..yg penting kita doakan depa kat sana..sekurang2 ada jugak sumbangan kita daripada tengok & kritik..kan?heeee:)

      Delete
    4. exactly! doa itu yg paling penting.. :')

      Delete
  7. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  8. pray for gaza..azzah sebnarnya tak sanggup nk tengok gambar mcm ni,sebak dan terhiris hati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..sedoh kot..tgk anak2 yak berdosa jd mgsa kekejaman israel ni..

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.