Hiking at Gunung Datuk | miss fluffy


Sunday, 4 November 2012

Hiking at Gunung Datuk

Assalamualaikum.

Hiking at Gunung Datuk, Negeri Sembilan
Weekends minggu ni paling ohsemm sekali. Sabtu, semalam lah kan aku join budak campus pergi hiking kat Gunung Datuk. Around 100 students yang join. Sekian lamanya tak buat aktiviti lasak macam ni. Last join hiking awal tahun 2011. Haha. Gigih aku-.-

Ayat yang boleh aku gambarkan bila hiking. PENAT GILERRRRR!! Haha nampak? Siap caps lock bagai kan. Tapi biarpun penat aku rasa it's the best experience yang aku dapat. Sangat adventure. Dulu pernah hiking kat Bukit Terisek kat Taman Negara Pahang. Penat jugak tapi boleh ku gagahkan diri. Yang mencabarnya cuma puluhan ribuan pacat yang aku paling tak suka. Tapi kat Gunung Datuk ni, Alhamdulillah. Sekoq pacat pun tak hinggap. Tapi trek kat sini memang giler betik. Sangat adventure ku rasakan. Dari mula naik sampai lah turun. Lebih kurang 5 jam untuk turun & naik gunung ni. Plus hujan yang agak lebat semasa menuruni bukit. Nasib baik aku dah prepare awal beg plestic semua. Pheww~

Tapi memang worth it lah dengan penat yang aku dapat. Puncak gunung yang tinggi menampakkan pemandangan yang ohsemmm sangat!! Subhanallah. Teruja sangat. Takde gambar ambil masa kat puncak sebab time tu dah hujan lebat. Takut camera masuk ayaq pulak. Capture guna mata then save dalam kepala jelah. Kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Haha.

So, ada la serba sedikit gambar kat sana. Enjoy:)









We made it!! Champion sekonon. 

Girls power. Bhaha:)



Impressing with myself!!Huhh tak sangka boleh panjat gunung. Adoi.



Nampak keris ni dulu masa mula sampai. Gagaga>,<






Batu besar. Kena panjat batu ni untuk tengok pemandangan cantik!! Pheww~
Banyak lagi gambar tapi tak larat aku nak masukkan. Haha yang ni pun dah cukup menunjukkan muka penat masing-masing. Penat tapi sangat berbaloi!!
Entah bila pulak la dapat join activity macam ni. Nanti dah kerja kalut dengan kerja pulak. Ye dokk? Huhu.

//Hari ni semua housemates aku jalan macam robotcop, mengesot macam siput vavi. Kaki sakit, pinggang lenguh. Haha gara-gara hiking Gunung Datuk. Terbaik! ^^

10 comments:

  1. bestnye... huhu.. teringin nak pergi tmpat2 mcm ni tp en. bf tu cakap nnti kite ni penat lah, tak larat nak naik lah.. huhu.. pandang rendah je, tp padahal dia yg tak larat nk bawa perut tu naik sebenarnya. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat..eh, haha cakap kt en.bf..hiking bagus untuk nipiskan perut..hewhew~ penat tp berbaloi:)

      Delete
  2. lama tak mendaki gunung ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh la try hiking kt Gunung Datuk ni;)

      Delete
  3. hang ckp kt puncak hujan lebat...abestu yg gambaq2 posing kt batu2 besar tu bukan kt area puncak ka? ke tu on the way naik? berehat n snap gambaq? ak xtau knp tapi kasut pink yg hang pkai tu mnpak besar lam pic last...dh mcm rupa kasut pakcik McD tu...kekke..may camera trick kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep kat situ dh puncak..tapi untuk lebih puncak iaitu nak tengok permandangan yg ohsem kita kena panjat baju tuh..tangga yg menggerunkan disediakan untuk naik atas batu besaq tuh..kat atas tu lah aku tak dpt nk ambik gmbq sebab hujan lebat..
      //err kasut nmpk besaq mungkin kamera trick..kasut tuh mmg muat2 kaki aku..haha ke kaki aku besaq weh??-.-

      Delete
    2. kahkahkah lucu pulak bunyik typo ko..'panjat baju tu'...:P

      kaki ko mmg besar kot cuma ko jer yg xperasan atau buat2 tak perasan...kekkeke

      Delete
    3. haha..typo ke??aku rasa tu lah explanation yg sesuai utk bg ko phm..wakaka;p
      okey..kaki aku besaq..k bai..
      muehehe~

      Delete
  4. bestnya hiking..dulu pun kt kolej sy kerap join hiking tapi bila dah kerja..nan hado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe waktu belajar la pun yg boleh join mcm2 aktiviti..once dah kerja..memang takkan punya nk pergi..kan..huhu

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.