Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts
Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts

Friday, 13 November 2015

Kawan lama dan Throwback


Lepas tamat je sekolah rendah, ada beberapa orang kawan yang tak pernah aku jumpa selepas tu. Even dah create account FB bertahun² pun masih belum berjumpa. Sampailah semalam ada someone yang request friend dekat FB. Punyalah lama, sampai muka pun dah lain, nama pun ingat² lupa. It's so excited bila dapat tahu tu la kawan yang duk gila² masa sekolah dulu. HAHAHA. Sembang berjam² tak ingat dunia.

Teruja katakan...semua benda nak tanya. And now aku tergelak sorang². Sebab otak ligat duk throwback benda² yang kami buat dulu. Habis jahat pun buli kawan sekelas je tapi takda la sampai sepak, tumbuk dan rakam masuk media sosial macam budak sekarang. Habis jahat pun sorok buku, conteng buku kerja kawan, sorok kerusi kawan, tarik tudung. HAHAHA. Semua benda ni buat aku gelak sorang². Aku agak budak sekarang dapat tak pengalaman macam ni. Rasanya sekarang semua sibuk berchit chat dalam FB kot. Tak pun leka dengan dunia smartphone masing². Takda dah main getah zero point waktu rehat, lawan rebut tiang waktu cikgu tak masuk kelas, tak pun sibuk duk main batu seremban dalam kelas. Ada lagi ke macam tu sekarang?? HEHE

p/s: Tetiba mood throwback datang....:face38:

Monday, 25 March 2013

Dulu-dulu: Final Year Project

Assalamualaikum.

Tadi tetiba rajin godek-godek email lama-lama dulu. Pastu jumpa macam-macam lah. Hehe ni jumpa logo tak menjadi yang aku buat susah payah. Sekali kena reject plak. Konon buat format GIF bagai. Takpe lah. At least aku dah buat yang terbaik. Tengok-tengok balik lawak plak.

Ni la konon logo untuk order makanan online dan penghantaran ke rumah~ Final Project biasa-biasa je, tak gempak macam orang lain. *Malu~ ;p 











Konon mulut sexy sedang lapar disitu...-.- K, bai!