Kawan lama dan Throwback | miss fluffy


Friday, 13 November 2015

Kawan lama dan Throwback


Lepas tamat je sekolah rendah, ada beberapa orang kawan yang tak pernah aku jumpa selepas tu. Even dah create account FB bertahun² pun masih belum berjumpa. Sampailah semalam ada someone yang request friend dekat FB. Punyalah lama, sampai muka pun dah lain, nama pun ingat² lupa. It's so excited bila dapat tahu tu la kawan yang duk gila² masa sekolah dulu. HAHAHA. Sembang berjam² tak ingat dunia.

Teruja katakan...semua benda nak tanya. And now aku tergelak sorang². Sebab otak ligat duk throwback benda² yang kami buat dulu. Habis jahat pun buli kawan sekelas je tapi takda la sampai sepak, tumbuk dan rakam masuk media sosial macam budak sekarang. Habis jahat pun sorok buku, conteng buku kerja kawan, sorok kerusi kawan, tarik tudung. HAHAHA. Semua benda ni buat aku gelak sorang². Aku agak budak sekarang dapat tak pengalaman macam ni. Rasanya sekarang semua sibuk berchit chat dalam FB kot. Tak pun leka dengan dunia smartphone masing². Takda dah main getah zero point waktu rehat, lawan rebut tiang waktu cikgu tak masuk kelas, tak pun sibuk duk main batu seremban dalam kelas. Ada lagi ke macam tu sekarang?? HEHE

p/s: Tetiba mood throwback datang....:face38:

7 comments:

  1. Hehe.....apasallah ambik masa lama sangat nak jumpa balik?? Rugi tau!

    ReplyDelete
  2. kan takde da zaman tu semua.. gi sekolah lama pun tapak tingting da takde. agaknya budak2 tak minat da nak main. dulu tu port pepagi dtg nak main ting2..hihi dunia fb ni baik tu la peluang nak berjumpa dgn org yang lama kita cari tu senang.

    ReplyDelete
  3. rindu kawan-kawan lama tapi tak pernah pulak contact via facebook.
    masing-masing dah sibuk dengan hidup masing-masing :)

    ReplyDelete
  4. even miss kwn2 sekolah..tapi biarlah ianya menjadi kenangan
    hargailah mereka yg ada ni :)

    ReplyDelete
  5. kan..kite kite dulu rehat je main batu seremban..main pemadam la...miss dat moment!

    ReplyDelete
  6. Sally minggu ni ada reunion kawan masa zaman sekolah rendah dulu...entah macam mana la keadaannya :)

    ReplyDelete
  7. Zmn kite dulu mmg seronok je. Siap main masak2 lagi. Hehehe.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️