Bersambung dari entry aiskrim kelapa, kepala pun boleh, typooo teruk-_-, kemudian kami berfikir² gak nak kemana. So kawan aku pun suggest Interactive Museum ni. Kalau nak cari museum ni senang je. Keluar je dari Jeti Penang jalan menghala kanan dah nampak bangunan lama². Kat deretan bangunan tu lah akan jumpa Interactive Museum. Mudah sangat la nak cari uolls!
|
Jom masuk oiii...... |
Sebelum masuk beli tiket dulu OK! Harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak². Murah la tu. Nak bergembira kena la spend duit sikit. KAHKAH! Tiket dah dapat, mari kita serbu masuk...!!
Actually, museum ini berkonsepkan lukisan 3D. Siapa² yang suka gilos ambil gambar tu boleh la hampa mai sini. Seriously kalau hampa ambil gambar memang nampak macam real. Lagi satu kalau bawak anak² memang depa suka sangat². Percayalah! HAHA Macam aku takdalah teruja sangat sebab aku dah pernah masuk pameran 3D ni dekat Alor Star tahun lepas. Tapi sama je gila² jugak duk tangkap gambar. Hehe.
Bangunan 2 tingkat ini setiap sudut dipenuhi dengan lukisan 3D yang menarik. Mostly lukisan² ini berkisar tentang apa yang ada di Pulau Pinang seperti tempat menarik untuk dilawati, budaya setiap bangsa, sejarah awal Pulau Pinang. So sambil² ambil gambar tu secara tak lansung kita dapat pengetahuan baru. Baca je informasi yang dilekatkan di tepi setiap lukisan ini.
Sila bersedia dengan gambar² yang bakal membuatkan pembaca sekalian muntah darah. Abaikan figura manusia sebenar dalam gambar ni. Aku hanya nak hampa menghayati lukisan di belakang figura berkenaan. HAHAHA
Ini mula² masuk depan pintu. Kalau hampa perasan dekat belakang mahkluk bertiga ni ada bangunan mini, sampan² kecil. Ini seolah² memberikan gambaran zaman dahulu di Pulau Pinang. Pengangkutan utama adalah sampan untuk mengangkut segala barang dan keperluan ke tanah besar. Terdapat juga "pameran" yang menunjukkan pekerjaan² suatu masa dahulu. Sebagai contoh seperti gambar di bawah!
Ohooohoiiii....Sapa mau beli terompah! Kasi buat di sini maaaa! Hoho
Dan seterusnya adalah lukisan² menarik di sini.
|
Cermin menakutkan. Realiti lain imbasannya lain. Kalau malam memang cabut lari dah! |
|
Rasa macam ada hantu dekat belakang tu! |
Ada satu lagi yang menarik. Ada sebijik TV dengan kamera yang boleh detect muka kita. Nak tau jadi apa? Rasukan topeng.......
|
HAHAHAHA. Maafkan kami atas "keterujaan" ini.... |
Tu jelah nak tayang. Taknak letak banyak² gambar sebab takut ramai yang masuk hospital. Kalau hampa nak tengok dan rasainya pengalaman mengambil gambar dan berposing dekat lukisan 3D ni, silalah datang beramai² ke Interactive Museum ini. Promote tak berbayar.
Terlupa nak habaq, sebelum kami berpoya² kawan aku ada bawak aku masuk kedai nasi kandaq. Sedap oiii. Nama dia Restoran Deen kalau tak silap. Aku tak tau dekat mana sebab tak ingat jalan. Tapi memang sedap betoi kari dia! Nak beli nasi, kena beratur dulu. Jangan berangan nak potong barisan. HAHA Ramai sungguh manusia yang nak rasa kehebatan nasi kandaq ni. Takpa, buat peminat nasi kandaq aku saja tayang bagi hampa terliur
Sekian. Terima kasih kerana membaca.
menarik juga ye..
ReplyDeletetgk gambar pun tergugat iman ni,daripada x berapa suka dgn nasi kandar rasa macam nak try :D
ReplyDeleteAlaa nak pegi jugak. Ntah bilanya nak smpai ni. Huhu
ReplyDeletenampak macam seronokkk jee ni ... hehee
ReplyDeleteWahh bestnyaaaa :)
ReplyDeleteOkje pun dah pernah pergi muzium art yg kat PD tu.... mesti tak teruja sangat mcm yg first time yek....Tp bolehlah...layan hihi....
ReplyDeleteAgaknya apa yg buat nasi Kandar sedap ek