Showing posts with label mencari pendapatan sampingan. Show all posts
Showing posts with label mencari pendapatan sampingan. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Peluang & Tindakan:)


Sebelum ni ada aku membebel pasal cari side income kan? (LINK) So Alhamdulillah, in this week ada peluang yang sebenarnya dah lama terbentang depan mata dengan pantas aku rebut. Fikir banyak kali jugak bila nak menambah pendapatan ni tapi kita kenalah berkorban sikit. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan. Bukan senang nak hidup senang dan bukan susah nak hidup susah. Am I right?

Now aku dah bertindak. Mahu ubah hidup. Dengan usaha dan bantuan dari rakan sekeliling berserta doa dan yakin yang rezeki Allah itu luas aku mencuba. Bukan pelaburan skim cepat kaya duduk goyang kaki sahaja. Memang kita kena usaha tapi InsyaAllah hasil yang kita dapat boleh membantu meringankan beban hidup kita.

Secara positifnya semua orang diberikan peluang untuk berjaya dalam hidup mereka. Yang membezakannya adalah adakah kita bertindak selepas mendapat peluang tersebut atau hanya melihat dan tidak ambil tahu. Semestinya tindakan itu harus disertakan dengan usaha, doa dan tawakal.

Yang masih mencari-cari side income yang boleh membantu anda, pls don't hesitate to email me at 
ben.mime89@gmail.com

InsyaAllah, korang bantu diri korang dan aku juga akan bantu korang. Tak salah mendengar penerangan dulu kan. Semua keputusan ada ditangan korang. Dan yang penting bimbingan dan tunjuk ajar secara online akan diberikan. Kita tak bergerak sendirian:)

jatuh.png

Wednesday, 16 April 2014

Apa side income anda?


Topik yang sekarang orang tengah hangat jugak dibincangkan. Gaji RM2.5K masih belum cukup kerana kos sara hidup yang makin meningkat terutamanya kepada siswazah baru. So, kebetulan pagi tadi dengar ERA depa dok sebut la pasal topik ni tapi mereka banyak membincangkan pasal side income. Yelah, bila gaji bulanan korang tak cukup adakah korang ada buat kerja lain sebagai pendapatan sampingan?

Emmm sememangnya aku akui gaji aku sekarang memang tak cukup nak menampung kos sara hidup sekarang. Maksudnya aku takde saving setiap bulan sebab gaji cukup-cukup makan je. So, aku ada jugak terfikir dan mencari side income yang boleh membantu aku setiap bulan.

Sebelum ni aku ada jugak la join jadi dropship online. Memang tak banyak tapi ada la duit yang masuk walaupun tak banyak. So sekarang dah stop jadi dropship. Aku mencari-cari jugak la mana-mana peluang untuk buat duit secara part time.
Ada jugak la aku jumpa 2-3 business yang boleh menjana pendapatan tapi aku takut jugak la rugi. Haha tapi kalau di fikirkan balik mana ada business yang takde risiko kan? Cumanya aku belum benar-benar bersedia nak cuba business tersebut. Masih takut-takut kononnya.

So, korang ada tak side income sendiri? Apa ye? Meh la share dengan aku sebab aku pun dok mencari-cari jugak business yang boleh membantu meringankan beban. Cewahh! :10:

Source: Google