Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

Apa side income anda?


Topik yang sekarang orang tengah hangat jugak dibincangkan. Gaji RM2.5K masih belum cukup kerana kos sara hidup yang makin meningkat terutamanya kepada siswazah baru. So, kebetulan pagi tadi dengar ERA depa dok sebut la pasal topik ni tapi mereka banyak membincangkan pasal side income. Yelah, bila gaji bulanan korang tak cukup adakah korang ada buat kerja lain sebagai pendapatan sampingan?

Emmm sememangnya aku akui gaji aku sekarang memang tak cukup nak menampung kos sara hidup sekarang. Maksudnya aku takde saving setiap bulan sebab gaji cukup-cukup makan je. So, aku ada jugak terfikir dan mencari side income yang boleh membantu aku setiap bulan.

Sebelum ni aku ada jugak la join jadi dropship online. Memang tak banyak tapi ada la duit yang masuk walaupun tak banyak. So sekarang dah stop jadi dropship. Aku mencari-cari jugak la mana-mana peluang untuk buat duit secara part time.
Ada jugak la aku jumpa 2-3 business yang boleh menjana pendapatan tapi aku takut jugak la rugi. Haha tapi kalau di fikirkan balik mana ada business yang takde risiko kan? Cumanya aku belum benar-benar bersedia nak cuba business tersebut. Masih takut-takut kononnya.

So, korang ada tak side income sendiri? Apa ye? Meh la share dengan aku sebab aku pun dok mencari-cari jugak business yang boleh membantu meringankan beban. Cewahh! :10:

Source: Google