Sunday, 9 February 2014

Rezeki



Setiap daripada kita punya rezeki masing².
Yang sudah ditetapkan olehNya.
Yang penting kita usaha.
Tanpa usaha macam mana rezeki tu nak sampai pada kita.

Tapi bila dah berusaha.
Tak dapat pulak rezeki yang kita minta tu.
Jangan kecewa.
Cuba tengok balik.
Kalau tak dapat apa yang kita mahu,
Mungkin Allah dah gantikan dengan sesuatu yang kita sendiri tak sedar.

Fikir.
 Macam aku.
Minta itu ini semua tak dapat.
Mengeluh.
Tapi aku tak sedar.
Allah dah turunkan rezeki lain pada aku.
Yang lebih baik dari apa yang aku minta.

Syukur.
Itu yang penting.
Kadang² kena renung balik.
Nikmat apa lagi yang Dia bagi tanpa kita sedari.
Nikmat atau rezeki yang takda pada orang lain.
Tapi Allah beri pada kita.

Alhamdulillah.

SnapWidget | Thanks mom for the beautiful roses :) #bestmomintheworld #roses #flowers
Source: We Heart It

Saturday, 8 February 2014

Review: Desaturasi Merah Jambu


Nak buat review sikit pasal buku Desaturasi Merah Jambu. Kehkeh takdak modal nak update blog so main review² buku la pulak ye. Baru beli dalam 2 minggu lepas tapi baru sempat nak baca. Konon busy tak ingat dunia. :132:

Desaturasi Merah Jambu (Ladynoe Mohamed)

"Dari ambang pintu aku nampak Pakcik Dit baru bali dari entah mana. Yang kau ingat dia bawa Saga biru metallic. Perlahan setelah kereta diberhentikan, Makcik Lily keluar dari tempat duduk penumpang. Mengendong bayi. Mesuk ke rumah. Anak lelaki mereka, Andy yang selalu menjadi yeman sepermainan aku, melompat terkinja-kinja macam seronok betul gayanya. 
"Andy dapat adik baru tu.." sekali mak aku berbunyi.
Aku terkebil kebil memanding mak aku. Kemudian oleh kerana pada saat umur yang penuh perasaan ingin tahu lalu aku bertanya,
"Macam mana baby dijadikan?"
*Sedikit penceritaan daripada Pendidikan Awal Seks.


Tajuk buku pun dah menarik tapi tau apa maksud "desaturasi" tu? Sebelum ni aku pun taktau tapi mari aku kasi tau la apa maksudnya.

Desaturasi: proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat darpda jelas ke pudar dan hitam gelap.

Ok faham? Buku ni bagi aku best jugak. Ada cerita² yang buat aku tergelak². Perjalanan hidup penulis aku agak. Banyak cerita pendek dan cerita²nya pasti membuatkan aku banyak terfikir di pengakhirannya. Antara favorite tajuk dalam buku ni Pendidikan Awal Seks, Gemuk bukan Sumpahan, Cermin Mengejek, Seni Menerima. Haha hampa kena baca la kira buku ni. Nak explain banyak² tak best la pulak rasa.


Rate: 



* Tak silap aku, author buku ni blogger gak. Tak silap la. Hehe.

Friday, 7 February 2014

Percaya



Jika ditanya
Samada aku percaya dia.
Terus terang aku katakan.
Aku sangat mempercayainya.

Yang aku harapkan cuma.
Jangan di musnahkan kepercayaan ini.

Orang kata, 
Jangan terlalu letakkan kepercayaan pada seseorang.
Kelak takut hati merana.
Ya, ada benar.
Tapi aku rasa aku cukup mengenalinya.

Hati manusia mudah berubah.
Mungkin satu masa kepercayaan itu akan lenyap.
Atau mungkin ia kekal seperti sekarang.

Yang pasti kepercayaan yang takkan pernah berubah hanyalah pada Pencipta aku.

Tumblr
Source: We Heart It

Salam Jumaat~


I'm proud to be an moslim
Source: We Heart It

I'm trying to be a good Muslim, InsyaAllah:face40:

Tuesday, 4 February 2014

What goes around comes around~~


Karma. Mesti pernah dengar kan? Pada aku apa yang kita buat atas muka bumi ni semua ada pembalasan. Kalau buat baik dapat balasan baik tapi kalau buat jahat semestinya dapat pembalasan yang setimpal juga kan.

Contoh mudah lagi easy bertambah simple la aku bagi. Hari ini hang duk kutuk anak orang kata jahat la, hawaq la, pemalas la, menyusahkan orang la. Tunggu. Kalau esok lusa tak jadi kat kita mungkin masa hadapan nanti akan jadi kat adik kita, anak kita, nenek kita. Ha tengok. Mana kita tau kan? Bukannya kita ni fortune teller boleh nak tilik nasib kita baik ke tak. So, jaga lidah. Sebab tu dalam Islam lidah ni kena jaga. Banyak bad effects boleh jadi kalau tak jaga lidah.

Lagi, kita ni manusia. Semua tak lari dari buat silap. Aku pun!! Tapi yang aku hairan, ada sesetengah orang ni mereka suka sangat cari salah orang lain. Pantang silap, siap la cerita dijaja. Pantang salah nampak saja salah orang. Actually aku pernah berada dalam situasi macam ni. Orang asyik cari salah kita & takmau terima lansung pendapat kita. Pada dia, semua yang dia buat BETUL!! Orang lain buat semua SALAH!! Ohmaiii~ Serious aku takleh tahan dengan manusia macam ni. Tension dibuatnya. Huhu. So, aku buat keputusan untuk biarkan dia dengan dunianya yang benar belaka. Muahaha!!:face6:
Ya Allah, jauhkan lah sifat macam ni dari aku. Amin
Kalau asyik cari salah orang bila masa kita nak perbetul diri sendiri? Last orang pulak nampak kita yang salah. Ha, situasi macam ni lah yang orang dok cakap karma tu. Apa yang kita kata/buat jadi balik atas batang hidung kita. See?

Hidup macam putaran roda. Kalau hari ini kita bermegah sebab duduk diatas jangan lupa nanti kita akan duduk dibawah pulak. Renung-renungkan!! *Peringatan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai~:face40: