Lama betul rasanya tak menaip dalam blog ni. Kuikui. Apa nak buat, konon busy mengalahkan menteri. Pejam celik dah masuk sebulan aku kerja. So far sepanjang sebulan ni ok lagi la. Tak masuk zon stress lagi. Tekanan kecil-kecilan tu ada la. Biasalah budak baru belajaq. Mana ada orang baru kerja terus expert tahap Einstein. Mustahil sungguh! Huhu
Tapi mana ada kerja yang perfect kan? Macam aku ni, work environment semua ok je. Tapi kan....................... Ha panjang tapi aku tu. Aku bengang betul dengan orang yang suka membebankan kepala hotak orang lain. Masalah dia yang buat tapi akhirnya kita yang kena fikir masalah yang dia buat tu. Ok kat sini masalah attendance tu yang paling buat aku marah!
Bila masuk ke tempat kerja orang dah tetapkan pukul 8AM maka pukul 8AM la. Jangan lewat. Kalau lewat mengaku dan bagi alasan lewat. Ni tak, dah la lewat pastu lagi nak menipu kata hang mai awal! Buat muka tak bersalah. Aisehh tak boleh blah. Alasan yang tak logik pun ada, duduk jauh la, nak hantar anak pi sekolah la. Ada aku kisah?! Jangan ingat sebab kita ada jawatan besar dalam pejabat kita boleh buat rules sendiri sesuka suki seperti office tu kita yang punya. Salah sama sekali tu! That's wwhy la aku ada mention kat title tak kisah la kau siapa pun masa tetap kena follow. Orang lain ada anak boleh je datang awal. Duduk jauh? Sedar diri la dah duduk jauh keluar la rumah awal. Solution yang senang pun tak boleh nak fikir.
Semua bergantung pada diri kita sebenarnya. Kalau kita plan nak datang awal maka awal la kita datang. Kalau nak lewat maka lewat lah jadinya. Easy right? Aku sebenarnya bab masa ni memang pantang betul. Haha lagi-lagi aku pulak yang kena pulak lepas tu. Grrr -_-
So, time management tu penting sebenarnya. Be punctual. Macam mana nak sukses kalau kita abaikan masa. Berjaya atau gagal seseorang pun kerana masa. Sekian sesi luahan rasa aku. Trimas sudi baca! Wakaka:P
hahahaha..betul..kena punctual..
ReplyDeletejdlah pekerja yang berhemah...
ReplyDeletelepaskan perasaan nampak....hihi...selalu datang awal ke tempat keje....kadang-kadang jer lewat...
ReplyDeletekalau dapat gi kerja awal rasa cam tenang je kan... tak tahu la orang yang selalu lambat ni apa rasanya yeee pergi kerja dalam keadaan kelam kabut :0
ReplyDeleteHa..betui tu..tlg tepati masa..ama2..sbb sya baca..hehe
ReplyDeletehaha, baru tenang kalau tepati masa :D
ReplyDeletedatang kerja lambat.. tapi nak gaji dapat awal..
ReplyDeletetu la pasai...memang takleh blah betul..huhu
DeleteSy pun pantang jugak klau org bermain dgn masa ni. Masa itu emas jd serius la sikit. Huhu
ReplyDelete