Babi....!!! "Hoi! Apa carut-carut ni!!" | miss fluffy


Wednesday 18 February 2015

Babi....!!! "Hoi! Apa carut-carut ni!!"


Babi Mangalitsa. Siapa yang pernah dengar pasal babi ni? Babi jelmaan baa baa black sheep, have you any wool? *Eh apsal minah ni menggila babik pulak hari ni?

Haha ok rileks. Aku jadi tertarik nak share info yang aku baru tahu. Kisah babi mangalitsa ni tersebar meluas dah di Whatsapp. Kononnya, babi yang menyerupai kambing biri-biri ini adalah hasil kacukan babi + biri-biri. Bertujuan untuk mengelirukan umat Islam. Kononnya lagi, bila babi ini dipenggal kepalanya , badannya yang berupa biri-biri itu di eksport ke negara-negara Islam. Jadi umat Islam tertipu! Beli la daging ini ingatkan kambing, rupa-rupanya babi!! Choii!

Tapi...............Hakikatnya adalah janganlah kita persalahkan babi ni. Babi ini tak bersalah. Kita yang bersalah sebab pandai-pandai putar cerita. Kehkeh;p

Yang sebenarnya, babi spesis ini memang telah lama wujud di benua Eropah, dibiak & diternakan cumanya kini spesis ini makin pupus dan baru-baru ini telah dipamerkan di beberapa buah zoo. Tu yang tetiba depa femes tu. 

Kalau aku bayangkan tanpa kepala, kau memang gebu dan comel.
Dari pembacaan aku juga, babi dengan kambing mana boleh dikacukkan dan tidak boleh menghasilkan zuriat. Sebabnya dua binatang ini mempunyai kromosom yang berlainan which is babi ada 38 kromosom while kambing ada 54 kromosom. Sama la macam kau nak kacukkan tapir dengan manusia. Aku rasa takleh kot. Aku memang lemah bab biologi ni tapi dulu pernah la ambik time SPM. Jadi korang boleh rujuk pada yang pakar.

Makanya, sekali lagi babi tidak bersalah dan jangan fitnah depa. HAHA *asyik backup babi je minah ni=_=. Janganlah terburu-buru menyebarkan perkara yang was-was. Sebab aku pulak jenis mudah terpengaruh, percaya je bulat-bulat apa yang orang hantar. Nasib baik aku kembali ke pangkal jalan dengan sedikit pembacaan. HOHO!! 

Jadi, sekiranya hang makan angin di oversea terumatanya di Eropah, sila berhati-hati. Jangan gelojoh nak peluk kambing biri-biri di sana. Check muka depa dulu. Kahkah *mengarut minah ni! 

Drama babi 2 saat~

K bye. Yang haram itu jelas, yang halal itu jelas. Jangan nak halalkan yang haram. Mengada tau! 

p/s: Cheese kacuk dengan roti 4 segi jadi cheesekut. Sedap! Nyum...nyumm...:face13:

6 comments:

  1. orang melayu, suka putar belit fakta. kita yg menjadi penerima fakta ni, kena la selidik dulu. x leh nak percaya bulat2. byk sgt manusia "pandai" dalam era serba moden ni.

    ReplyDelete
  2. haritu pun abang saya ade hantar info ni kat ws. jadi takut lak nk makan biri2 skrng ni :/ ade je org kafir ni nak kucar kacirkan org islam..

    ReplyDelete
  3. haahahahha. ini kelakar!

    btw org selalu ingat kacuk2 ni senang.. kalau senang sy dah kacuk dah kuda dgn burung helang time belajar kat uni dulu biar jadi kuda bersayap. senang nak balik kampung tak payah pening beli tiket dah. haha

    ReplyDelete
  4. hahaha!
    banyaknya babi!!
    agreed with u...
    babi ni dh lama ada.. mcm pelik plak nk kacuk2 ni..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️