Cerita di Kedah: Belon Buih di Pantai Merdeka | miss fluffy


Saturday 4 July 2015

Cerita di Kedah: Belon Buih di Pantai Merdeka



Sekarang ini muncul hilang muncul hilang je dekat blog. Alasan biasa, sibuk & kering idea. Sekarang aku nak share pasal aktiviti yang aku buat beberapa minggu lepas. I mean minggu sebelum kita berpuasa. See.....cerita pun dah berpuluh minggu lepas. Dah basi tumbuh kulat-kulat pun:face10:

Ok, back to the story. Lepas je attend majlis perkahwinan kawan-kawan aku, taktau nak melepak mana. Tetiba teringat dah lama tak pergi Pantai Merdeka. Last pergi tahun 2000 masa darjah 6. Hambik punya la lama kan tak jejak ke sana.

Bila dah sampai, tengok keadaan banyak sangat berbeza. Banyak pembaharuan & penambahbaikan. It's good. Barulah best nak lepak tenang-tenang jiwa, spend time dengan family bila hujung minggu. Selain boleh rileks sambil menikmati view pantai, ada jugak aktiviti lain yang menarik perhatian aku untuk mencuba iaitu belon buih. Bukan setakat budak-budak je teruja, orang dewasa pun sama naik seronoknya. *Aku la tu ;p

Dengan bayaran RM3, kita akan dapat sebekas sabun dan gelung (alat yang menghasilkan buih). Yang lagi awesome, gelung terdapat dalam pelbagai saiz dan boleh menghasilkan buih yang besar mengikut saiz gelung. So, kalau dah bosan main gelung kecil kita boleh tukar dengan gelung besar tanpa apa-apa cas. Aku ada upload video kat IG aku masa tengah hasilkan belon buih besarrrrrr..... Haha boleh la nak cekidout *Promote IG sendiri ke?

Nampak jelas keterujaan aku di situ:face71:


Malu konon. Siap pakai baju kurung tak menahan tu....:face12:
Mula-mula macam segan jugak sebab aku je orang dewasa yang main buih ni. Tapi lama-lama tengok ramai pulak yang join sekaki. Teruja sangat tau. Bila buih terhasil penuh padang dengan buih-buih. Tambah pula ada angin yang sepoi-sepoi bahasa, nampak cantik je view dengan belon buih yang terapung terbang. Budak-budak bukan main excited lagi. Bila aku buat belon buih tu ada je yang lari datang nak pecahkan. HAHA

Oh wait.....hey kid...!! Seriously?
*Budak baju hijau yang tak sabar nak pecahkan belon aku..:face14:
Jadi, pada sesiapa yang teringin nak release stress ke, nak jadi kanak-kanak balik boleh la ke sini. Aku pun kalau ada kesempatan lagi pasti akan ke sana lagi. Nak main belon buih lagi!!

p/s: Gambar tak banyak. Tak rancang pun nak up entry kat blog pasal benda ni. Hihiblogger-emoticon.blogspot.com

5 comments:

  1. semangat budak tu nak pecahkan belon LOL

    ReplyDelete
  2. Teringin nak main belon besar ni..

    ReplyDelete
  3. ok la tu sejak 2000 tak pernah jejak pantai merdeka. aku yg sejak azali lg ni tak pernah jejak, camno tu? hahaha...

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaaa dapat main belon tiu.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. wow, mesti budak budak seronok pecahkan belon tu...

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️