My Big Day♥: Surat Kebenaran Nikah (Pihak Perempuan) | miss fluffy


Monday 26 October 2015

My Big Day♥: Surat Kebenaran Nikah (Pihak Perempuan)


Dalam masa sebulan lagi, InsyaAllah aku bakal melansungkan majlis pernikahan aku. Macam tak percaya dah nak kahwin. Sekarang memang waktu yang sangat² sibuk untuk menyiapkan segala persiapan. Tapi perkara yang paling penting adalah mengisi borang pernikahan dan segala borang yang seangkatan dengannya. Alhamdulillah semalam dah submit completed borang (borang pihak lelaki + pihak perempuan) ke pejabat agama. Dalam 2 minggu lagi, mereka panggil untuk ambil surat kebenaran nikah bagi pihak perempuan.

Mudah je, lepas complete isi semua borang, bawa saja borang tersebut ke Pejabat Agama daerah masing² (Aku explain ini bagi pihak perempuan). Disebabkan aku tinggal dalam dearah Kuala Muda, so aku submit borang aku di Pejabat Agama Sungai Petani. Bagi je borang dekat kaunter, mereka akan check borang² kita sama ada tertinggal apa² dokumen. Boleh je nak pergi dengan pasangan masing² mana la nak tahu jika mereka ada apa² pertanyaan bagi borang pihak lelaki. Kita dikehendaki membayar RM55 dan mereka akan beri borang permohonan nikah untuk diisi (1 borang bertulis jawi dan 1 borang bertulis rumi). Dah siap isi semua serah balik borang tu pada kaunter dan pada masa tu merek akan serahkan resit pembayaran tadi bersama dengan borang untuk apply kad nikah pintar. FYI, kad nikah pintar kita hanya boleh apply lepas dapat surat nikah yang original. Jangan pandai² p hantar borang pulak kalau belum bernikah! HAHA So simpan baik² borang tersebut, OK!

Cilok kat Google. Ha borang tu lebih kurang macam ni la.
Lepas dah settle semua, mereka akan bagi balik borang yang bertulis jawi tadi dan suruh kita berjumpa dengan ustazah di dalam office tu lafaz ikrar. Pada masa inilah tahap pembacaan jawi kita di uji. HAHA maklumlah jarang baca jawi ada la aku tergagap² sikit tapi Alhamdulillah berjalan lancar. Ustazah pun baik je tak tanya banyak just lafaz ikrar dan sign borang tu. Then dia bagi tarikh untuk datang semula mengambil surat kebenaran nikah. 

Panjang² aku taip ni tapi secara konklusinya prosedur pernikahan ini sangat² mudah bila kita follow/bagi apa yang mereka minta. So mana² yang nak mendirikan masjid tu inilah serba sikit info yang aku boleh share dan hope dapat membantu hampa. Bukan apa mula² aku pun macam blur juga tapi at last settle jugak. Nanti aku akan update panduan mengisi borang nikah online pula jika berkesempatan. Cara online ini lagi mudah dan cepat!

Nota
Untuk pengetahuan hampa, surat kebenaran nikah pihak perempuan hanya sah dalam masa 1 bulan sahaja dari tarikh bernikah. Disarankan submit borang dalam jangka masa sebulan sebelum majlis. Nanti takdalah surat kebenaran nikah hampa expired! Hehe

8 comments:

  1. wahh.. tak lama lagi tuu.. hehe
    semoga semuanya dipermudahkan, kak MF :D

    ReplyDelete
  2. owh,, blh expired jugak, baru tau,,,hahaa
    btw, tahniah ^_^

    ReplyDelete
  3. WOWWW bride to be! tahniah ^_^

    ReplyDelete
  4. Waaaaaaaa mime nak kawin dah.. tahniah mime..=D

    ReplyDelete
  5. tahniah... bila tarikh nyer tu?

    ReplyDelete
  6. lain daerah lain cara kan.. sy dulu takde ikrar. borang dlm rumi je.. hihi kene isi online. cuma sign kene depan tok kadi..

    mesti dah tak lama da kan... semoga semua urusan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  8. sangat2 membantu MF.. hehehe. doakan dipermudahkan
    alamak dh lama xbaca jawi. konfem fail

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️