Gegaria Fest 2018, Sungai Petani | miss fluffy


Friday 4 May 2018

Gegaria Fest 2018, Sungai Petani


Pada 15 March lepas, ada Gogegar Ria Fest dekat Amanjaya Mall, Sungai Petani. Mula macam malas nak hambik tau sebab aku bukan jenis spesis yang suka pergi tempat² sesak ramai orang. HAHA But at the end, husband call cakap dia nak pergi event tu sebab favorite band which is Hujan ada buat konsert. OK fine turutkan saja.

Kalau tanya aku apa itu Gogegar Ria serious aku taktau la kawannnn. Sila Google okey. Aku ingat event ni macam Jom Heboh ada jual makanan, jajan semua bagai tapi bukan. Lebih kepada pameran dari Media Prima, sesi bersama artis serta ada beberapa aktiviti yang dianjurkan lagi kau boleh ambil gambar sebab props yang depa buat semua unik dan menarik. HAHA

So aku pergi cuma ambil gambar. Takda input yang menarik pun nak share dengan hampa. Yang aku tau ini ini adalah event terakhir untuk Gogegar Ria ni. Lepas ni takdak dah dan cuma 4 negeri je yang depa adakan event ni.







Sebelah malamnya pulak ada konsert dari Faizal Tahir (auww my fav singer!!), Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo (cute gila nama, HAHA) dan ada lagi singers tapi tak ingat siapa. But aku sempat tengok Hujan je performed. Wuhuuu T___T Tapi cukuplah untuk puaskan hati husband sebab dapat tengok band favorite dia. 

♥ps: Nak tengok Hujan punya pasal, laki aku terlepas bas nak balik KL -_-

1 comment:

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️