Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 6 March 2016

Tips makan angin dengan bajet yang kecil


Aku memang jenis manusia yang suka makan angin, jalan-jalan. Tak kisahlah ke mana aku dengan sukarelanya akan ikut. Dan Tuhan dah letakkan jodoh aku juga dengan manusia yang sepesen dengan aku. Dan memang aku ada impian untuk travel ke serata tempat. Cumanya ada beberapa halangan yang membuatkan impian terbantut buat masa sekarang. HAHA

Ok sekarang ni memang aku rancak berjalan². Tapi mostly tempat yang aku pergi dekat² je. So ada la beberapa soalan yang diajukan. Aku ok je, selagi boleh menjawab persoalan mereka tu. Ada yang tanya dekat mana? Jauh ke? Best ke tak? Dan ada juga yang cakap, hang orang kaya, takpelah nak jalan mana-mana pun. Maka tercetuslah idea untuk entry aku ni juga sebagai jawapan untuk menjawab statement begitu dari mereka.


Aku nak kongsikan tips ja cara berjimat tapi hang boleh makan angin atau berjimba dengan bahagia bersama yang tersayang. Tak perlu nak tunggu kaya baru nak rasa seronoknya berjalan-jalan. Kena ubah mindset sikit, kena rajin cari info sikit, jadi kreatif sikit. Serba sikit je. Dah tu tengok bajet dan buat perancangan je. Tapi kalau bajet yang kecil pun kau kedekut nak keluarkan, aku cadangkan kau matikanlah hasrat tu. Serious talk ni.

Inilah serba sedikit tips yang aku guna pakai bila aku dan suami merancang nak berjalan-jalan. Bukan main redah je sebab kaya or banyak duit.

1. Bajet.
Ini wajib ada. Banyak ke sikit ke tetap kena ada. Kalau takda pun boleh je tapi hang makan angin dekat playground depan rumah hang jelah. 

2.  Tempat.
Dah tentukan bajet hampa? Nah inilah masanya untuk tentukan kemana hala tuju hampa. Kalau ada bajet banyak/lebih bolehlah plan ke tempat jauh sikit. Atau ke tempat best yang memerlukan penggunaan wang yang banyak. Tapi kalau bajet sikit hang boleh plan ke tempat yang dekat tapi dapat meminimakan penggunaan wang.
Contoh 1:
Bajet 2K bolehlah hampa pergi jauh. Krabi, Singapore atau pulau-pulau yang ada di Malaysia pun cukup banyak untuk dilawati. Pilih je nak travel cara backpakers sejati mahupun travel ala datin². Tapi make sure don't over your budget okey!
Contoh 2:
Duit lebih ada RM300 je. Duk rumah jelah!! Ha silap tu. Malaysia ni banyak tempat syok la. Boleh berkelah di pantai. Pilih je Teluk Batik, Teluk Senangin, Batu Feringgi, Teluk Bahang. Aku baru je pergi Teluk Bahang last week. Nanti up entry ok! Takpun jalan² kat Padang Besar, cuci mata di Cameron Highland, meneroka Penang Street Art. Eh macam² lah boleh buat asalkan dekat dengan tempat korang. Dapat la berjimat sikit sebab tempat² macam ni tak memerlukan entry fee yang tinggi dan boleh pergi balik hari. Jimat tak payah pikir hotel bagai. Pikir petrol dangan makan je. Psstt petrol murah sekarang, gunakan peluang ni oii. HAHA

3. Seorang atau Berkumpulan?
Ada yang suka travel seorang diri. Ada yang berkumpulan. Tapi dalam term "penjimatan wang" atau "meminimakan penggunaan wang" adalah disarankan hampa pergi secara berkumpulan. Boleh ting tong duit minyak, penginapan, makan. Sharing is caring kan? Hiksss.

4. Makanan dan minuman.
Ini dari pengalaman aku sendiri. Setakat nak berkelah atau masuk taman tema ke baik hampa bawak makanan sendiri. Tak payah la beli. Kalau pergi ramai² lagi best. Boleh bawak makanan seorang sejenis. Meriah berlebih la makanan hampa siap boleh share lagi dengan makcik sebelah tikar. Jimat!

Ni jelah tips yang selalu aku guna kalau bajet tak ramai tapi hati teringin nak jalan-jalan. Kalau ada tips lain lagi mohon share di ruangan komen ye kawan-kawan. Korang pun boleh try kalau nak. Ni bukanlah tips terbaik macam para backpackers mahupun travelers tegar bagi tapi boleh la nak guna pakai. Jadi selamat mencuba dan selamat bergembira. Janganlah asyik sibuk stalk FB orang then cakap kau orang kaya banyak duit boleh la nak kemana-mana. Itu satu doa aku aminkan je mudahan Allah kayakan aku. HAHA Nak kena tunggu kaya baru nak explore bumi Allah ke? Kalau tak kaya-kaya maka mereputlah hang di rumah. OK bye! #jangansentap Hihihi

Sunday, 10 March 2013

Acne=.=

Assalamualaikum.

2-3 hari ni aku asyik baca pasal tip penjagaan muka, review produk kecantikan, cara dapatkan kulit licin & bersih dan bla bla bla. Ramai gak la bloggers yang buat entry pasal ni.

Dan pasal terbaca entry mereka la aku tetiba teringat nak kelebek muka aku depan cermin.Semenjak berkerja ni rasa macam takde masa nak jaga kulit macam masa zaman study dulu. Huhu mau taknya, balik kerja makan mandi buat apa yang patut pastu berdengkur tak hengat. -.-' *buruk perangai

Tapi lepas tilik muka baik punya semalam baru ku sedari betapa !@$%*& kulit muka aku. SobssTT__TT
Jerawat, parut lagi, bintik-bintik lagi. Aishh tak sanggup nak mengenang. Selama ni cuci dan pakai toner je. Apa jenis cream malam siang pagi petang aku tak pernah pakai, tapi berangan nak dapat kulit macam retis korea.=.=

Huh, tak bulih jadik ni. Aku kena carik gak cream apa-apa untuk tenyeh kat muka ni. Belum kawin lagi kulit muka dah ntah pape.*Apa kaitan? Huhuhu. Ada saper expert or nak suggest cream yang best-best tak? Huhu sharing is caring kan. Share la sikit korang guna apa:P Ngeee~



#Trimas kepada bloggers yang buat entry pasal penjagaan wajah, product review bla bla bla lagi. Aku bagaikan disepak dimuka supaya sedar dari dunia pemalas aku. Hehe.

Monday, 21 January 2013

Nyamuk oooo nyamuk~

Assalamualaikum.

Pheww lama sungguh tak update entry. Konon busy mengalahkan YB-.- *hakikatnya balik keje terus membuta, buruk perangai~ 

Okey, kali ni nak story pasal binatang yang sekoq ni. Nyamur~ Tuh nama panggilan untuk nyamuk. Mak aku yang letak. Aku tak tau kenapa semenjak dua menjak ni banyak giler nyamuk kat rumah aku. Kau reti banyak? Harap kau mengerti. Huhuhu~ Puas aku cari punca depa ni membiak. Segala air bertakung aku tuang tapi hasilnya semakin banyak nyamur berkeliaran sesuka hati. Kalau berkeliaran sajer takpe, ni siap kokak lagi tuh yang aku tak tahan. Kalau mereka kokak bulih kuruih takpa la, ni tak. Silap hari bulan masuk spital. Kan ke menyusahkan namanya. Siap orang datang fogging lagi area taman.

Aku syak memang musim mereka mengawan kot=.=' Tuh yang banyak tuh.



Tapi takpe dengan arus kemodenan yang semakin maju *ayat skema SPM ada beberapa solutions yang boleh aku berikan untuk mangsa yang senasib dengan aku. Aku selalulah guna method ini kat rumah. Rasa puas bila membunuh=.=

1. Racun perosak/Ubat nyamur


Aku rasa yang ni semua tau kot. Semua selalu guna kan? Huhu Fumakilla & Ridesect adalah pilihanku. Hwahwahwa~

2. Ikan kapi
Menatang ikan ni aku selalu bubuh sekor dua dalam kolah bilik air. Ala takpe buat bunuh jentik-jentik je. Haha hujung minggu sila rajinkan diri anda cuci kolah ye. Heee~


3. Badminton elektrik
Aku taktau nama betul benda ni apa tapi ni lah nama yang aku selalu panggil. Guna reket letrik ni memang ohsemm. Meletup-letup nyamur bila kena. Haha nampak kejam tapi nak buat macam mana. Tak bunuh kang kena denggi lak aku. Huhu. Kena cas la badminton ni. Besh woo guna ni. Seriyes. Dalam beberapa saat kau dah berjaya bunuh banyak ekoq nyamur. Tak perlu tampaq lagi!! Cehh~ =.= Benda ni aku beli kat pasar malam je. Ce try. Ohsemm woi! Hehe



Tu je lah benda yang selalu aku guna. Kot hampa ada cara lain lagi moh share. Bulih aku kurangkan nyamur kat rumah ni. 

//Dulu kes semut. Menatang memang suka dengan aku kot. 
///Oh ya, favorite blog aku letak blog aku dalam bloglist beliau. Trimas Zyraroxx. Bangla sungguh, errr bangga sungguh. Huhu.