Trauma | miss fluffy


Tuesday 3 November 2015

Trauma

Sampai bila² pun aku mungkin takkan lupa hari ini. Pertama kali melihat kemalangan depan mata. Dari mula sampai habis. Puncanya dari tayar yang pecah secara tiba² dan kereta dipandu laju.

Berderau darah bila tengok kereta berlanggar dengan divider jalan kemudian melambung dan berpusing 3 kali. Terbayang² kat mata ni oii!!

Kalau dilihat mungkin pemandu cedera teruk tapi alhamdulillah aku nampak dia keluar melalui tingkap. Mungkin ada sedikit kecederaan. Kesian sangat² dan ada beberapa pemandu lain yang berhentikan kereta membantu.

Teruih insaf taknak laju². Mujur jugak kemalangan itu tak melibatkan pengguna jalan raya yang lain. Allah.....

Kawan² sila check kenderaan kita sekali sekala. Kadang² benda remeh temeh tu yang mengundang 1001 bahaya.
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. ishh.. bahaya nya macam tu.. huhu nasib baik tak ada apa apa.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. mesti cuak kejap kan. aku rasa kalau driver tu cedera teruk, mesti bertambah trauma.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. kalau Nani memang trauma jugak

    ReplyDelete
  4. miza pun pernah dulu tayar pecah tiba-tiba..
    nasib baik tak jadi pape..risau jugakk..

    ReplyDelete
  5. Lepas tu mesti rasa mcm takut2 nk drive kan. Huhu

    ReplyDelete
  6. Mmg trauma kalau cenggitu....sure menggigil ek...Nauzubilah

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️