Cerita di Kedah: Tea Bag Sungai Petani | miss fluffy


Sunday, 26 April 2015

Cerita di Kedah: Tea Bag Sungai Petani


Tea Bag? Padiaaa tu?

Tea Bag ni nama kedai yang menjual minuman susu berperisa. Aku main agak je. Senang cerita konsepnya macam Chatime, Cool Blog dan etc. Pilih flavor yang mereka sedia + susu + ais. Nak explain panjang lebar pun tak tau. Tapi rasa Tea Bag ni memang terbaik. Menangis dalam kereta first time minum. HAHA

Ada beberapa flavor yang boleh dipilih macam Milk Tea, Green Tea Milk, Cocoa Milk, Coffee Milk dan ada beberapa lagi flavor yang aku tak ingat.

One of my favorite drink sekarang adalah Green Tea. Memang terbaik. HAHA Cara packaging pun comel sangat! Colourful gitu! Ada dua pilihan, hampa nak minum dalam tea bag atau dalam cup. Tapi memang puas hati sangat sebab tea bag & cup depa ni BIG saiz. Harga pun murah sangat! Untuk tea bag tak silap aku RM3.50 dan untuk cup RM4. Boleh share 2 orang minum tak habis. Tapi aku taknak share sebab sedap sangat. 

Jual kat mana ye? Orang SP kalau nak tau mereka ada buka gerai di Taman Sejati bertentangan dengan CIMB Bank. Tepi jalan je senang sangat nak jejak gerai tu. Kalau tak silap aku dekat Amanjaya Mall pun ada gerai Tea Bag but aku tak pasti area mana. 

So siapa yang mai Sungai Petani boleh la cuba² minuman ni ok!

Ini dalam bag. Tengok bag pun dah tempting. Apatah lagi air tersebut.





Ada 1 lagi kedai nama Border's Tea. Lebih kurang macam Tea Bag juga. Sampai sekarang belum sempat merasa sebab kena beratur panjang. Nanti kena pergi try jugak!

13 comments:

  1. Assalamualaikum. Besarnya. Berbaloi la beli tu. Balik Perlis nanti nak try la. In shaa Allah. Selalunya minum chatime je. Hihi :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Besarnya. Berbaloi la beli tu. Nak try la bila balik Perlis nanti. In shaa Allah. Selalunya minum Chatime. Nak tukar angin pula. Hihi :)

    ReplyDelete
  3. eh tak tau pun pasal ni.. selalu layan cool blog, chatime, starbucks ja. hehee

    ReplyDelete
  4. Wahh. Mane boleh jmpe dkt melaka ni? Huhu selalu layan cool blog je. Hehe

    ReplyDelete
  5. hoi laaa....nampak sedap sangat neh! kang ada pi terbang SP nak minum ayaq!

    ReplyDelete
  6. Dia letak air dalam beg ke? Menarik!

    ReplyDelete
  7. tengok gambar pun boleh terliur dah.

    ReplyDelete
  8. comelnya packaging dia... cute!!! sedapnya.. cha time pun zizie tak pernah try lagi. hehehe.

    ReplyDelete
  9. Kenapa taktau pun pasal benda ni? :( Dah balik Selangor memang tak la nak try benda benda ni haih

    ReplyDelete
  10. Wow,packaging nya menawan. Pandai tuan kedai di memikat pelanggan.
    Salam kenal Miss Fly Fluffy.

    ReplyDelete
  11. wow....
    cam besh..besa n mura plak kt sana ye..

    ReplyDelete
  12. la ni ka rupa tea beg..sllau tgok kawan p balah sana
    p post gabaq ni.. ni rupanya tea beg!! :P
    mcm pnah nampak kat thailand benda ni :)

    ReplyDelete
  13. Macam best jer minuman ni :)
    Jika sudi singgah lah blog saya
    http://ummirdinacong.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.