Short vacation to Pulau Langkawi | miss fluffy


Sunday 10 January 2016

Short vacation to Pulau Langkawi


Pernah  tak percutian korang yang dirancang menjadi percutian yang tak diduga. Plan totally change dari perancangan asal. HAHA itulah yang berlaku pada diri aku masa cuti Mualidur Rasul & Krismas lepas (Sorry peram entry lama sangat!)

Ceritanya macam ni, asalnya aku dan suami plan nak shopping di Langkawi. Kononnya nak borong coklat dan pinggan mangkuk.  Kami taknak stay di Langkawi. Kiranya nak balik hari saja. Jadi pukul 10AM++ dah terpacak kat Kuala Perlis. Tapi ramainya orang!!! Nak park kereta pun susah. Terlalu ramai. Maklumlah public holiday kan. Memang ramai la yang serbu. Quene tiket feri pun boleh tahan panjang. Nasib baik kami dapat tiket pukul 12. Sambil tunggu tu boleh la makan lunch siap². Berangan la sampai Langkawi terus serbu tempat shopping.


Sampai je Langkawi, kami terus ke kaunter tiket. Cari tiket nak balik oiii. Sekali terpampang besar dekat cermin "Tiket untuk 26/12/2015 telah HABIS dijual". Sudah!! Taktau nak menangis ke nak gelak time ni.  Kami beratur jugak untuk dapatkan lagi kepastian dan ternyata itu benar belaka. Mau tak mau kami terpaksa beli jugak tiket keesokkan harinya. Kalau tak beli mau lusa baru dapat balik!

Kebetulan masa di Kuala Perlis kami dah book kereta sewa. So bila sampai di Langkawi tak perlulah kami tercari² lagi. Tapi itu pun take time jugak sebab terlampau ramai orang kami terpaksa menunggu turn untuk mendapatkan kereta. Hotel? Kebetulan brother yang tolong kami dapatkan kereta sewa di Kuala Perlis tu jugak  tolong dapatkan hotel untuk kami. Kalau nak cari sendiri time² sesak macam ni memang tak dapat la. Dapat pulak hotel menghadap pantai di Pantai Chenang. Alhamdulillah, nasib baik jugak la. Allah tolong

Bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 6 baru kami siap uruskan semua. Dari ambil kereta sampailah check-in hotel. Lepas siap semuanya barulah kami dapat ke Pekan Kuah shopping bagai. Macam biasa kedai favorite yang mesti masuk adalah Haji Ismail Group la! Masuk HIG chocolate shop je macam terpukau. Semua nak beli!! Semua jenis coklat ada. You just name it! HAAA memang heaven betul rasa. Tapi duit dalam poket pun kena heaven la jugak ye kawan². HAHA total burn untuk coklat dalam RM200++. Suami aku dalam RM300++. Tediaaa mesti hampa kata gila kan. Ya² memang giler sangat² bila masuk sini!! But I think it's really worth when you can get all your favorite chocolates!!

 

Lepas dah habis memborong di sini, kami pergi pulak kedai HIG yang lain bertentang dengan Idaman Suri. Di sini depa jual segala pinggan mangkuk, barang dapur, minyak panas, kain batik dan kain pelikat, luggage dan macam² la. Mak dengan bapak je takde jual! HAHA Memang misi aku nak beli pinggan mangkuk. So ini memang tempat yang sesuailah. Macam² brand dan harga, dari sebijik cawan RM 40++ hinggalah ke set pinggan mangkuk harga RM100++. Pilih je ikut bajet masing². Macam aku taknaklah mahal sangat. Aku just ambil lset pinggan mangkuk + set tea/cawan. Harga pun mampu milik dalam RM100++ je. Brand Opal. Oklah tu kan. Ada duit lebih boleh la beli yang branded sikit lain kali. Hehe. Sempat jugak grab sudu garfu serta senduk Murah²! Mak aku pulak order kain batik Tiga Serangkai. Aku sambar 3 pasang dan 2 pasang  kain pelikat Gajah Duduk. Ha ok lah tu kan. Kang aku beli kain batik banyak² kena tahan dengan Kastam pulak. Kehkehkeh. 

Then kami terus balik hotel. Memang penat sangat²! Serious! Kami tak serik untuk datang lagi tapi for next trip maybe kami akan pilih tarikh yang terbaik. Seksa aku menghadap jammed lama², nak menunggu berjam². Masa banyak dihabiskan atas jalan saja. 

Esoknya kami sempat jalan² di tepi pantai Chenang sebelum check out. Keluar pun awal sebab takut jammed untuk ke jeti. Then tangkap gambar kejap dekat Dataran Lang. Lepas tu terus beratur untuk naik feri. Masa memang berlalu dengan sangat pantas dan semua benda dibuat dalam keadaan rush! 

Fe-feeling rumah tepi laut ye bang......

View dari balkoni bilik hotel




Nampak? Asalnya nak balik hari. Tapi bermacam² perkara lain kami lalui. HAHA Btw, layankan je. Seronok jugak!! Bukan selalu benda² tak dijangka ni berlaku dalam hidup kita. Kan²? Next time for sure aku akan datang lagi. Bukan datang nak shopping tapi datang nak explore dan cuba segala aktiviti yang ada di Pulau Langkawi!!

Kalau datang Langkawi, tak ambil gambar di Dataran Lang memang tak lengkap rasanya.

Ini masa tunggu mahu naik ke feri. Ramai orang sangat kami berhenti ambil gambar dulu. Sempat lagi uollsss!!

8 comments:

  1. tapi kadang , yg tak dirancang tu yg menarik ... cantiknya pemandangan pantai cenang ... nak tgk gak berjenis2 pinggan mangkuk tu . nape x de gambar ...

    ReplyDelete
  2. pemandangan pagi yg indah di pantai cenang ...

    ReplyDelete
  3. wah short vacation..cuma timing tu masa tgh sesak..
    dri plan day trips terpaksa stay juga.. btw sakan no borong coklat heheh :)

    ReplyDelete
  4. aritu igt nak pergi gak langkawi tp time new year laa tapi kecewa sebab kebanyakkan hotel dah fully book..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Lama tak pergi Langkawi.....Teringin gak nak pergi lagi....Wow Rm500 beli coklat saje? Kenduri coklat lah nampaknya tu hihi

    Tulah Allah dah kata rezeki diaorang Mime...

    ReplyDelete
  6. standard dah tu gi borong coklat sampai ratus2. simpan stock kat rumah untuk beberapa bulan. tu tak campur yg org order lagi.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️