Cara buat Pas Sempadan (Border Pass) | miss fluffy


Thursday, 11 January 2018

Cara buat Pas Sempadan (Border Pass)


Ada kaitan dengan post dekat sini. HAHA
Actually aku nak pergi Hatyai je pun. Tapi ini kali pertama aku buat border pass.

Ada syarat nak buat pas sempadan, kau boleh Google dan refer dekat laman web Imigresen. Come on lah, kan dunia dah moden!☺

Tapi takpe, aku still nak share dengan kau yang masih blur macam aku mula² dulu. Ini adalah Pas Sempadan Thailand tau.

Cara untuk memohon Pas Sempadan.
1. Bawa salinan Kad Pengenalan.
2. Bawa sekeping gambar berukuran passport dan latar belakang putih (Aku cadangkan masa kau ambil gambar sila pakai tudung bewarna gelap)
3. Bawa diri sendiri ke Pejabat Imigresen. ^O^

Nanti kau akan diberi borang dan segala butiran yang diperlukan. Lepas tu lekatkan saja gambar kau di petak gambar. Dah siap lampirkan sekali dengan salinan IC kau. Siap! Kau tunggu je kaunter proses Pas Sempadan tu. Nanti kau bayar je RM10! Allah, murah sungguh. Makan lunch pun mahal. HAHA ok fine over nauuu aku! Tempoh sah laku Border Pass kau adalah selama setahun. Hamboiii boleh ulang pergi 'oversea' sebulan sekali! HAHA

Dan sekarang bersiap sedia untuk makan angin!
Wehuuuuu♥

Doakan perjalanan aku selamat esok dan berjalan lancar!

♥ps: Tak zabarrrr nak makan²

15 comments:

  1. Baru tau betapa senang buat border pass. Lepas ni tak perlu la nak renew passport semata-mata nak pergi thailand..Buat passport bertahun pun satu je cop oversea..haha

    ReplyDelete
  2. Wah, shopping sakan la kak gi Hatyai. GV masa duk perlis dulu mmg dah lama nak ke hatyai tapi bajet limited. huhu. Enjoy the journey kak. :)

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan perjalanan...

    ReplyDelete
  4. Saya org Perak daerah tmpt aku tgl adalah Perak tengah?kpd yg taw samada aku boleh buat ke tak tolong BG respon segera.

    ReplyDelete
  5. Sy ic 02 perak. Boleh ke buat border pass di penang

    ReplyDelete
  6. Bru blk dr imigresen perak dh tak buat border pass 😘

    ReplyDelete
  7. sy ic kelantan..bln dpan ade rombongan g hatyai.boleh ke pkai boder pass yg buat kat kelantan tapi masuk kut kdah..atau kene buat boder pass kat imigresen yg kite nak masuk nanti..awk buat kat imigresen mane..hehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la passport group 200 utk 20org still murah jgk

      Delete
  8. Hi, nak tanya seluruh perak pun boleh ka?

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.