Tips Pengurusan Wang | miss fluffy


Saturday, 6 January 2018

Tips Pengurusan Wang


Hari gaji pasti hari yang ditunggu² oleh semua warga 'makan gaji'. Pendapatan yang diperolehi boleh jadi tidak mencukupi jika tidak diurus dengan betul. Lebih teruk lagi jika terpaksa meminjam dari rakan-rakan setiap kali hujung bulan. Sekali sekala takpelah bro, tapi kalau setiap bulan ini dikira agak keterlaluan.

Maka hari ini aku nak berkongsi tips untuk menguruskan wang gaji anda agar mencukupi hingga kitaran gaji seterusnya. Boleh la buat simpanan sikit untuk waktu kecemasan.

1. HUTANG
Orang cakap jangan buat HUTANG! Tapi masing² punya masalah berbeza. Hutang yang dipinjam tetap kena dilangsaikan. Jadi, bila dapat gaji selesaikan hutang dahulu. Cuba bayangkan tenangkah hidup anda kalau setiap hari bank call, dapat kiriman Whatsapp bertalu-talu dari rakan anda. Tak tenang kan. Serabut kan? Maka sebelum berbelanja apa sekalipun TOLONGLAH selesaikan hutang dahulu. Kalau tak boleh sekaligus, selesaikan secara berperingkat pun takpa. Bagitau rakan anda, aku pasti mereka boleh memahami anda. Jangan diam je buat taktahu kalau taknak dibenci orang. Bak kata orang "Pandai pinjam pandailah bayar balik!"

Source: Google
2. KEPERLUAN
Hutang dah settle? Bagus! Second stage adalah KEPERLUAN. Aku suka buat list untuk keperluan. Banyak benda kan nak beli dan bayar, takut terlepas pandang. Definisi keperluan bagi aku adalah perkara yang kita perlu dan akan susah kalau takdak.  Dari barang dapur, bil elektrik dan air, bajet minyak kereta atau tol silalah senaraikan. Lain orang lain keperluan tau! Leceh? Bersedia kalau anda terlebih belanja. Ini apa yang aku praktis la. Untuk barang dapur yang kering boleh beli sebulan terus. Kalau barang dapur basah boleh beli seminggu sekali. Mak aku selalu pesan, kalau beli barang dapur untuk sebulan, sekurang-kurangnya hujung bulan ada lagi benda nak makan. HAHA tapi memang betul pun!
Source: We Heart It
3. SIMPANAN
Second stage berjaya? Tahniah! Ok stage ini agak sukar ye kawan-kawan. Sukar nak beristiqomah. Duit lebih ada lagi kan? Buatlah SIMPANAN! Ambil la 10% atau 20% dari duit lebih tu simpan. RM50 sebulan pun takpa, kalau setahun dah jadi RM600. Ok la kan? Orang cakap simpan 10% dari gaji kita tapi kalau dah perlu berbelanja lebih takkan nak ikut jugak. Jadi buatlah simpanan yang flexible dengan situasi anda sebab masalah dan tanggungan kita tak sama.

Source: Google
4. KEHENDAK
Ha bila 3 stage tadi anda dah berjaya, lebihan duit tu bolehlah berbelanja. Nak beli kasut ke handbag ke make up ke atau nak travel boleh la gunakan duit yang ada tu dengan sebaik-baiknya. Pandai² la anda manage duit tu.

Source: We Heart It
Ini adalah tips dari aku sendiri. Memang tak sama dengan perkongsian tips dari mana-mana financial advisor yang bertauliah. Dan perkongsian ini adalah secara umum sahaja. Sebenarnya banyak perkara yang perlu di ambil kira dalam menguruskan wang anda. Anda boleh Google dan cari mana² blog pasal pengurusan wang. Apa salahnya kita tambah ilmu lagi dalam hal macam ni.

Semoga berjaya!
Ingat satu perkara 'Hutang perlu dibayar walau apa yang terjadi sekalipun!!'

Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Anda boleh menambah atau membetulkan tips yang dikongsi. Komen berbentuk kecaman tidak dibenarkan. HAHA

♥ps: Tahun 2018 target kumpul wang beli rumah, InsyaAllah.

4 comments:

  1. Thanks sharing. Selalau simpan juga tapi pelik last last habis jugak. Hahaa

    ReplyDelete
  2. bila dapat duit, mcm nak beli. it's hard to control

    ReplyDelete
  3. bila ade duit, mcm2 nk beli. hmm

    ReplyDelete
  4. GV pun pegang konsep hutang kena by hook by crook sebab kalau tak, GV rasa terikat dengan something dan rasa tak bebas. Good panduan kak Mime. :D

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.