Wanita | miss fluffy


Thursday, 4 January 2018

Wanita


Sang suami.
Yang Allah amanahkan menjadi ketua keluarga mu.
Yang Allah satukan dengan wanita dicintai dan untuk membimbing.
Yang Allah jadikan untuk melindungi si isteri.

Kau pernah berjanji saat akad kita.
Tapi kini mana janji kau dengan Dia.
Mana janji kau dengan waliku.
Kau tinggalkan bahtera kita terumbang ambing.
Kau tumpahkan air mata ini.
Kau biarkan pasanganmu memikul tanggungjawabmu.
Dimana semua janjimu?

Maafkan perempuan ini jika menyakiti hati kau.
Maafkan perempuan ini jika membebankan kau.
Maafkan perempuan ini jika menyusahkan kau.
Sesungguhnya perempuan ini cuba melakukan yang terbaik.
Buat kau.
Buat kita.

Dan aku mengalah.
Aku letih dengan permainanmu.
Biar.
Biar masa menentukan segalanya.

Source: Pinterest
DEDIKASI KHAS UNTUK WANITA-WANITA KUAT DI LUAR SANA

♥ps: Perempuan ini bukan aku tapi insan² yang ada di sekeliling aku💪

2 comments:

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.