Friday, 5 December 2014

Wednesday, 3 December 2014

Kemaskini BR1M 2015: Done!!


Gundah gulana aku sedikit terubat akibat insiden pagi tadi dengan mengemaskini borang BR1M 2015 secara online. Kehkeh *macam ni punya orang pun hadooo?

Siapa yang belum kemaskini tu silalah mengemaskini sekarang ye. Buat awal-awal. Jangan tangguh last minit baru kalut. Bukan apa, takut terlupa saja. Kepada yang nak apply sebagai pemohon baru pun boleh jugak aku rasa. Jadi silalah pergi ke website berikut secara berjemaah ye.

Ketik:
https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pemohon baru boleh la usha tengok borang-borang kat sini. Nak memohon atas talian boleh tak? Ingat nak mohon untuk keluarga. Yang bujang aku dah buat.


Untuk pemohon yang nak kemaskini borang, boleh usha gambar kat bawah ni.


Senang je. Klik KEMAS KINI PERMOHONAN (HEADER) -> MASUKKAN NO. K/P -> KLIK KEMAS KINI PERMOHONAN -> ISI/UPDATE -> HANTAR

Siap!




Then kalau nak semak pergi je klik SEMAKAN STATUS -> MASUKKAN NO. K/P -> KLIK SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.

Apa? Gambar kecik? Ketik gambar untuk gambaran giant! Sekian.

Apalah nasibku~~ T_T


Cerita baru berlaku tadi. Habis semuanya hilang. 
Apasal la careless sangat ni?!!
Mata letak kat mana?
Otak tak function ka?
Kalau permanent delete ada orang boleh tolong ka?
Permanent delete tu!!
Tak pasal-pasal mengagau cari orang lain untuk buat reference.

Sedih!!


Oh kerja...! Begitu mencabar kalau semua info terdelete.

Jangan tiru macam saya..... T_T

Monday, 1 December 2014

Hari AIDS Sedunia



Ingat yang tersayang.
Fikir sebelum bertindak.
Dadah bukan penyelesaian masalah.

Suami isteri jangan curang.
Pengawasan terhadap tingkah laku anak-anak.
Dadah memusnahkan kebahagiaan keluarga.

Bila dah terkena.
Menangis air mata darah sekalipun belum tentu terubat.

Peringatan.
Untuk diri aku dan keluarga ku.
Untuk kalian dan keluarga mu.

Sunday, 23 November 2014

Penang Bridge International Marathon 2014


Hi uolls. Haha lama sangat aku tak menaip. Kehkeh ayat yang sama setiap kali muncul -_-

Maaf la. Seriously takdak masa nak buka blog apatah lagi nak update ditambah pulak internet MasyaAllah seloowww!! Bakal aku terminate internet ini. Bayar mahal tapi servis KO. Booo!! 

Alang-alang dah buka laptop ni, aku rajin la nak up story yang last week punya. Actually, last week bersamaan 16th November aku ada join marathon. Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2014. Siapa-siapa yang suka lari-lari ni mungkin dia tahu event yang diadakan setiap tahun ni. Memang international punya event. Kalau tak silap aku, penyertaan kali ini seramai 60,000 penyertaan. Ramai? Memang pun.

Ini tahun ke-2 aku join. Aku tak lari. Jalan je. Sebab kalau aku lari mungkin aku akan semput pada 100 meter pertama. Herher, stamina takdak. Aku just ambil 10km je. Tu pun macam nak merangkak je sebab dah tak mampu jalan. Penat!! Padah sangat bila tak pernah jogging tetiba kau join marathon gini. 

Apa yang bestnya? Lari je pun. Ha yang best aku nak habaq mai adalah aku berjalan lenggang kangkung atas Jambatan Pulau Pinang yang ke-2. Jambatan ditutup semata-mata nak menjayakan event ni. Awesome tak? Haruslah!! Haha. Time ni suka hati la nak berlari ka nak golek ka atas jambatan tu. Hari lain tak boleh. Dan tahun ni adalah tahun pertama depa buat larian atas jambatan baru tu. Kira macam 1st batch la rasmi. Hehuu~

Ok penat membebel. Tunjuk gambar ye. Tak banyak pun ambil. Konon fokus nak menghabiskan 10km. HAHAHA! ;p










Tu je gambar yang aku larat share. Haha *pemalasss! Apa yang aku boleh simpulkan, aku takda la lari sangat. Selfie je lebih. Kofkof.

Tapi view sangat cantik. Awan membiru bersama kepulan awan, matahari terbit, laut, serta angin sepoi-sepoi bahasa. Hehe great experience!

So tahun depan kalau ada event ni lagi korang bolehlah daftar. Ala join suka-suka! Why not kan? :D
OK nak habaq jugak. Aku dapat jugak medal walaupun jalan makan angin.

OK, bye! 

Thursday, 6 November 2014

Kau ghase?


Kita....
Sibuk nak post tentang aib saudara kita.
Sedangkan aib sendiri terbuka ternganga.

Kita...
Sibuk menjaja buruk mereka.
Sedangkan diri lansung tak sempurna.

Makin kita rasa apa yang kita buat betul belaka.
Makin kita jauh dari Allah sebenarnya.

Jangan sangka semua yang kita lihat adalah sama dengan apa yang kita fikir.
Bersangka baik lah.
Walau kadang hati menidakkannya.

Ingat.
Sekali kita menutup aib saudara kita.
Sepuluh kali Allah menjaga aib kita.

Kalau tak mampu nak menasihati mereka.
Cubalah menasihati dan peringati diri sendiri.

Wednesday, 15 October 2014

#67 Wordless Wednesday


Lama aku abaikan blog. Rasa kejam pulak. Kehkeh. Apa boleh buat? 
BUSY!!!! T_T

Dah lama tinggal, tengok komen. Banyaknya! Kau jangan perasan perempuan, berharap komen menggunung lepas kau abaikan blog.

Hahaha rupanya komen nak buat pinjaman. Hokey siapa berminat nak buat pinjaman peribadi sila contact aku. Ramai betul hantar duk promote buat loan dengan dorang.

Tak menahan betoi...-_-


Semuanya sebab entry ini (LINK)