Kebenaran atau kepura-puraan? | miss fluffy


Friday 5 July 2013

Kebenaran atau kepura-puraan?

Assalamualaikum.

Manusia. Ada macam jenis perangai. 
Banyak ragam. Baik, jahat, buruk, teruk, mulia. Macam².
Memang lumrah manusia Allah ciptakan berbagai sifat.

Ada manusia memang baik. Ikhlas.
Tapi ada manusia yang bermuka².
Luarnya nampak baik. Dalamnya? Hanya dia dan Allah yang tahu.
Aku memang tak layak nak menilai tapi aku tak bodoh untuk mengetahui sesuatu perkara.
Melihat kejatuhan manusia lain bagaikan kemenangan baginya.
Bermuka² dengan manusia yang punya darjat. Punya harta.
Manusia yang tak punya apa²? Dipandangnya sebelah mata pun tidak.

Hati² dengan setiap gerak geri.
Kadang² melihatkan kesusahan kita, "mereka" ini gembira tak terkata.
Bukan nak menuduh, tapi itu realiti yang berlaku.

Ingat. Allah benci dengan manusia munafik.
Aku memang tak sempurna, tapi aku tak hipokrit.
Dan aku cuba jadi sempurna.
Jadi, kau memang tak punya hak nak menilai ketidaksempurnaan aku.

19 comments:

  1. betul bagai dikata.. rambut sama hitam tapi hati lain lain.. harus bijak memilik teman :)

    ReplyDelete
  2. XSUKA dengan orang hipokrit + bermuka-muka ni ,, macam duri dalam daging .. hate it! -___-

    ReplyDelete
  3. yes, zaman skrg ni mmg sush nk cari insan yg betul2 ikhlas. plus, skrg ni ramai manusia yg kian bertukar menjadi binatang. ada akal kurniaan tuhan, tapi tak menggunakannya dgn betul. Sifat perikemanusiaan kian luntur. semoga kita sentiasa dirahmati dan dilindungiNYA. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni...betui2 jadi ker atau saja2. Sebab bila wan baca, dpt rs ia btul2 ikhlas dlm hati MF...ermm

    ReplyDelete
  5. kite kena pandai menilai kawan2 dari pelbagai aspek. kalau dah kantoi bermuka2 jangan kite kasi muka lagi. haha

    ReplyDelete
  6. dalam dunia ni manusia memang hipokrit dalam menjalani penghidupan., jadi pandai²lah nak letak diri kat mana dan camne nak hadapinya.. :)

    ReplyDelete
  7. manusia ni subjektif, dan unik. semua ada perangai, ragam masing2. Cuma perlu sentiasa ingat, kena jaga hubungan baik sesama manusia sebab kita semua ni sama, tak ada yang sempurna pun. Nanti setiap orang akan kembali juga pada yang Satu tak kira lah kaya, miskin, baik, jahat sekalipun. Buat apa lah nak dibeza2kan perkara duniawi ni. Sebaliknya saling bantu membantu lah kan. Tapi biasalah, dah nama pun manusia.

    ReplyDelete
  8. manusia..rambut pun dah warna lain2 inikan hati..hoho

    ReplyDelete
  9. nama pun manusia... mmg cm tu la perangainya.. mmg xkan sng hati kalau tgk org lain lebh dri dia.. kan elok bahgia bila lihat org lain bhgia..itulah kebahgian y sjati ^^

    ReplyDelete
  10. betul tu.. tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, setiap hari kita berusaha untuk jadih lebih baik.. memang kena berhati2 dengan kawan baik kita sekalipun, banyak kawan yang makan kawan..

    ReplyDelete
  11. tu la, dah nama manusia.mcm2 perangai dan ragam la yg kita akan jumpa kan.
    moga org yg dekat ngan kita org yg baik2 :)

    ReplyDelete
  12. sokong dgn aisya tu
    moga hati kita sntiasa bersih
    redha, ikhlas..dgn ketentuan Allah
    tiada unsur2 iri hati, dengki, jeles,hipokrit

    ReplyDelete
  13. lantai menari nih memang tak rata..

    ReplyDelete
  14. salam..

    tu la..manusiakan..sentiasa juga doa spya diri xtermasuk kalangan mnusia yg sebegitu..huhu..dan kita pon xboleh nak bsangka buruk dgn org..walaupun kita tau org tu jenis mcmana..doa je spya dberi ptunjuk..bhya jg org mcm tu kan

    ReplyDelete
  15. hipokrit ni mmg xsuke..mcm munafik pun ada..ape pun hati2 dn bykkn la bersabar..mcm dunia skrg ni..kita dah boleh tgok krisis yahudi dgn Mesir..smoga semuanya dbwah perlindungan Allah..

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Memang tak dinafikan, ada segelintir yang lebar senyumnya bila menyaksikan kejatuhan orang lain.. :)

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum....miss fly,

    mana ada manusia yang sempurna , yang penting kita berlapang dada dan terima kekurangan dan kelebihan orang lain baru hati menjadi tenang...

    mselim3

    pls: siapalah kita utk mengadili sesama kita k...

    ReplyDelete
  18. semua orang tak sempurna , sebab setiap kejadian tu berbeza-beza :)
    kalau nak puaskan hati masing-masing , sampai kesudah tak akan puas

    ReplyDelete
  19. Biasa la tu. Kalau tak hipokrit, bukan manusia namanya. Hehe~

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️