Sebelum ni ada aku membebel pasal cari side income kan? (LINK) So Alhamdulillah, in this week ada peluang yang sebenarnya dah lama terbentang depan mata dengan pantas aku rebut. Fikir banyak kali jugak bila nak menambah pendapatan ni tapi kita kenalah berkorban sikit. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan. Bukan senang nak hidup senang dan bukan susah nak hidup susah. Am I right?
Now aku dah bertindak. Mahu ubah hidup. Dengan usaha dan bantuan dari rakan sekeliling berserta doa dan yakin yang rezeki Allah itu luas aku mencuba. Bukan pelaburan skim cepat kaya duduk goyang kaki sahaja. Memang kita kena usaha tapi InsyaAllah hasil yang kita dapat boleh membantu meringankan beban hidup kita.
Secara positifnya semua orang diberikan peluang untuk berjaya dalam hidup mereka. Yang membezakannya adalah adakah kita bertindak selepas mendapat peluang tersebut atau hanya melihat dan tidak ambil tahu. Semestinya tindakan itu harus disertakan dengan usaha, doa dan tawakal.
Yang masih mencari-cari side income yang boleh membantu anda, pls don't hesitate to email me at
ben.mime89@gmail.com
InsyaAllah, korang bantu diri korang dan aku juga akan bantu korang. Tak salah mendengar penerangan dulu kan. Semua keputusan ada ditangan korang. Dan yang penting bimbingan dan tunjuk ajar secara online akan diberikan. Kita tak bergerak sendirian:)
Pentingnya kebolehan bertutur bahasa Inggeris masa sekarang. Penting sangat!! Masuk alam pekerjaan benda yang paling utama depa minta adalah boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggerus. Sejujurmya penggunaan Bahasa Inggeris aku agak teruk. Haha suck you know! Rendah diri & tak berkeyakinan je rasa. Tsskk
Tapi tu bukan bermakna aku tak cuba improve English aku. Cuba! Sangat mencuba even kadang-kadang rasa macam ragu-ragu samada betul ke salah aku cakap. Tapi aku belasah cakap rojak bagai, grammar bersepah.Tambahan pula di alam pekerjaan sekarang aku banyak menggunakan English dalam percakapan seharian makanya aku harus mencuba dan memperbaiki sehabis baik dari segi pertuturan mahupun penulisan.
Apa yang aku buat adalah aku cuba baca blog, surat khabar, dengar lagu, novel yang berbahasa Inggeris. Ya, aku buat semua tu walaupun kadang-kadang rasa macam "Eh, amenda aku baca ni?" Bagi aku tak salah mencuba. Aku taktau la orang lain macam mana tapi aku rasa jealous sungguh pada orang yang boleh speaking English macam air. Haha so dari aku jealous tak ketahuan hala baik aku practice banyak-banyak so boleh la speaking macam air jugak! Wehuu~
Jangan putus asa. Jangan malu nak mencuba. Yang penting kita usaha!! Orang lain boleh kenapa kita tak boleh kan?
Topik yang sekarang orang tengah hangat jugak dibincangkan. Gaji RM2.5K masih belum cukup kerana kos sara hidup yang makin meningkat terutamanya kepada siswazah baru. So, kebetulan pagi tadi dengar ERA depa dok sebut la pasal topik ni tapi mereka banyak membincangkan pasal side income. Yelah, bila gaji bulanan korang tak cukup adakah korang ada buat kerja lain sebagai pendapatan sampingan?
Emmm sememangnya aku akui gaji aku sekarang memang tak cukup nak menampung kos sara hidup sekarang. Maksudnya aku takde saving setiap bulan sebab gaji cukup-cukup makan je. So, aku ada jugak terfikir dan mencari side income yang boleh membantu aku setiap bulan.
Sebelum ni aku ada jugak la join jadi dropship online. Memang tak banyak tapi ada la duit yang masuk walaupun tak banyak. So sekarang dah stop jadi dropship. Aku mencari-cari jugak la mana-mana peluang untuk buat duit secara part time.
Ada jugak la aku jumpa 2-3 business yang boleh menjana pendapatan tapi aku takut jugak la rugi. Haha tapi kalau di fikirkan balik mana ada business yang takde risiko kan? Cumanya aku belum benar-benar bersedia nak cuba business tersebut. Masih takut-takut kononnya.
So, korang ada tak side income sendiri? Apa ye? Meh la share dengan aku sebab aku pun dok mencari-cari jugak business yang boleh membantu meringankan beban. Cewahh!
Tadi aku ada baca email dari seorang rakan. She said, something wrong with my blog. Aku pun check dan hasilnya bila aku view blog memang la ok tapi secara tiba-tiba blog aku redirect ke satu website yang tidak ku ketahui. Sobsss, dah la aku ni rabun IT. Dah macam mana nak buat ni? Someone yang expert hal ni, tolong aku please.
Please help me!! Website jahat mana ni yang ceroboh blog tak berdosa aku ni?? Kena hack ke apa? Sungguh aku tak tahu apa-apa.
Update:
Setelah aku gigih men-Google dan ternampak post dari blog brother ni (LINK). Rupanya widget dari Gua Blog yang membuatkan blog aku terus redirect ke website lain. So, aku terus je delete widget tu dan pufff!! Blog kembali ceria seperti biasa. Now, I can smile Thanks to Sobri Yaacob kerana post beliau berjaya selesaikan masalah aku. Hehe.
Bulan lepas yakni bulan March, aku dapati perjalanan blog aku agak suram, lemah tak bermaya. Bahasa kasarnya malas nak update. Ayat cliche, kering idea. Hehe
So bulan ini, berhasrat kembali aktif nak pulun update setiap hari. Banyak cerita yang berlaku bulan lepas cuma tak sempat nak update. Nanti lah aku story. *Bajet retis nak story-story.
p/s: Semalam pi tengok Captain America. Sungguh ohsem!! Haishh!!